Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pelajar NTU bakal dilengkapi kemahiran digital hasil kerjasama

Oct 18, 2022 | 05:30 AM



DALAM usaha membina kumpulan bakat teknologi di Singapura, syarikat teknologi maklumat Tata Consultancy Services (TCS) kini bekerjasama dengan Universiti Teknologi Nanyang (NTU) dan juga masyarakat lebih luas dengan mengadakan sebuah program dipanggil Tech4Good.



Program itu bertujuan melakukan kebaikan untuk masyarakat dengan melengkapi penuntut NTU dengan kemahiran digital melalui siri pementoran dan latihan berstruktur oleh konsultan TCS bagi memenuhi jurang dalam masyarakat, kata ketua ehwal korporat bagi Asean syarikat itu, Encik Mohamed Irshad Abbas Ali.



"Sebagai sebuah syarikat teknologi, kami faham terdapat kekurangan bakat teknologi di Singapura dan kami mahu membantu dalam usaha membina kumpulan bakat ini di sini.



"Oleh itu, kami bekerjasama dengan NTU supaya pelajar mereka dapat memasuki ruang teknologi dan mempelajari pelbagai kemahiran dengan kepakaran teknologi kami.



"Sementara itu, NTU membantu mengenal pasti pelajar yang berminat daripada semua jurusan dan latar belakang," kata beliau.



Program itu dirintis pada Disember tahun lalu dan sekitar 20 penuntut sudah pun selesai menjalani program tersebut.



Perbincangan kini sedang dijalankan bagi sekitar 50 penuntut menyertai program tersebut bagi pusingan program yang seterusnya pada tahun depan.



Di bawah program itu, peserta melalui 12 sesi latihan dalam tempoh tiga bulan yang dibimbing konsultan TCS untuk meraih kemahiran seperti dalam pemprograman Python, JavaScript dan HTML.



Di akhir sesi sesi latihan itu, peserta bekerjasama dengan rakan masyarakat atau projek yang sedia ada di TCS untuk menggunakan kemahiran baru yang diraih itu.



Antara projek itu ialah GrowLah, sebuah platform yang digunakan untuk menjual hasil tanaman daripada kebun masyarakat kepada orang ramai. Peserta menggunakan kemahiran yang diraih bagi menyediakan platform yang dapat memantau penawaran dan permintaan.



Melalui platform itu, orang ramai boleh melihat jenis sayur-sayuran dan jumlahnya yang ada dan mereka kemudian boleh memilih jenis dan berapa banyak sayur-sayuran yang ingin dibeli.



Encik Irshad berkata ia agak mencabar memulakan program itu pada mulanya, memandangkan ia dirintis semasa pandemik sedang berlaku dan kesemua sesi latihan perlu diadakan dalam alam maya.



"Ada pelajar yang tiada latar belakang dalam teknologi dan oleh itu, memerlukan banyak bimbingan dan proses pembelajaran. Kami sediakan kandungan bagi mereka tonton dan sambung belajar sendiri selepas sesi latihan.



"Kedua, oleh sebab pelajar ini datang daripada jurusan yang berbeza, jadual mereka rencam. Apabila mereka ketinggalan satu sesi latihan, ada banyak perkara yang perlu dikejar. Jadi, kami merakam semua sesi latihan yang diadakan untuk berkongsi bersama mereka.



"Namun begitu, maklum balas yang kami terima daripada kumpulan perintis program itu amat memberangsangkan," kata beliau.



Encik Irshad berkata dalam zaman pasca-Covid-19 ini, adalah penting bagi orang ramai meraih kemahiran teknologi.



"Ia penting kerana tidak kira apa jua pekerjaan yang dilakukan pada masa depan, akan ada elemen teknologi dalam setiap peranan yang mereka terlibat dalam.



"Oleh itu, penting untuk belajar sekurang-kurangnya kemahiran asas teknologi dan saya berharap semua lulusan akan memiliki tahap asas kecelikan teknologi," kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >