Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pelajar NTU perlu ambil ujian semula lepas kertas didedah awal

Nov 15, 2022 | 05:30 AM



SEJUMLAH 218 pelajar Universiti Teknologi Nanyang (NTU), kebanyakannya mahasiswa psikologi, perlu mengambil semula satu ujian selepas kertas ujian itu dikeluarkan dalam talian terlebih dahulu.



Ujian itu, yang berlangsung pada 9.30 pagi pada 7 November, dijalankan dalam dua cara serentak. Kebanyakan pelajar mengambil ujian itu secara fizikal, manakala mereka yang dijangkiti Covid-19 mengambilnya dalam talian.



Bagaimanapun, pihak sekolah kemudian mendapat tahu kertas ujian itu diletak dalam talian di wadah pembelajaran pelajar sebelum ujian tersebut dijalankan.



Profesor Madya Chia Wai Mun daripada Sekolah Sains Sosial NTU berkata:



"Kami sangat kecewa mengenai apa yang berlaku. Kami memohon maaf kepada pelajar kerana terpaksa mengambil semula ujian itu, tetapi ini perlu untuk memastikan keadilan kepada semua orang."



Beliau berkata pihak sekolah telah menghubungi pelajar terjejas yang, secara amnya, menerima bahawa adalah adil untuk mengambil ujian semula.



Pihak sekolah masih bekerjasama dengan pelajar bagi tarikh sesuai untuk ujian semula.



Profesor Chia menambah bahawa sekolah itu akan menjalankan semakan menyeluruh terhadap prosedur peperiksaannya dan mengambil langkah-langkah yang perlu bagi mengelakkan kejadian serupa pada masa hadapan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >