Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pelajar Politeknik Republic didakwa rakam video bawah skirt di kampus, stesen MRT dan pusat beli belah

Dec 20, 2019 | 06:01 PM



SEORANG pelajar Politeknik Republic tampil di mahkamah Rabu lalu (18 Disember) kerana didakwa merakam video bawah skirt wanita di kampus dalam tiga kejadian berbeza. 



Rayson Chee Rui Sheng juga dituduh melakukan perkara yang sama di stesen MRT Bukit Batok dan kedai di pusat beli belah West Mall. 



Warga Singapura 20 tahun itu menghadapi tujuh tuduhan menghina kehormatan wanita. 



Dia didakwa mula melakukan demikian pada 8.30 pagi, 31 Julai tahun lalu dengan menggunakan telefon bimbit untuk merakam video seorang wanita di stesen MRT Bukit Batok dan menggunakan alat itu sekali lagi untuk melakukan perkara yang sama di RP.



Chee dituduh merakam video bawah skirt sekali lagi di RP pada 15 Ogos tahun lalu sebelum seorang lagi wanita menjadi sasaran di sebuah kedai buku di West Mall sembilan hari kemudian. 



Dalam satu kenyataan hari ini, RP memberitahu The Straits Times bahawa Chee, yang masih belajar di sana, telah menjalani sesi kaunseling. 



Politeknik tersebut juga telah menawarkan sesi kaunseling lanjutan kepada semua mangsanya. 



Kes Chee ditangguh sehingga 15 Januari tahun depan. 



Jika didapati bersalah, Chee boleh dipenjara sehingga setahun dan disaman bagi setiap tuduhan. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >