Subuh
5:46
Syuruk
7:05
Zuhur
1:11
Asar
4:29
Maghrib
7:15
Isyak
8:26

Pelajar terbaik kursus drama Nafa: Berlakon bukan setakat kerja seni

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Pelajar terbaik kursus drama Nafa: Berlakon bukan setakat kerja seni

Sep 04, 2017 | 05:30 AM

KALAU ada yang menyangka seni lakon hanya hobi yang mengajar erti disiplin dan kesabaran, Cik Masturah Oli Mohamed, melihatnya sebagai wadah kreatif yang mampu mencorak pemikiran masyarakat.

Itulah sebabnya pelajar terbaik kursus Diploma Teater (Drama Inggeris) daripada Akademi Seni Halus Nanyang (Nafa) itu, menjadikan bidang itu sumber mata pencarian dan penerokaannya.

Beliau, yang lulus dengan kepujian dan kini melanjutkan pengajian Sarjana Muda Teater selama setahun di Nafa, berdiri di podium sebagai penyampai ucapan perpisahan di Teater Yayasan Lee Nafa, semalam.

Cik Masturah, 21 tahun, juga merupakan penerima Hadiah Buku Wu Tsung Kan, yang disampaikan kepada pelajar contoh dengan pencapaian menyeluruh.

Encik Wu, mantan pengetua Nafa dari 1979 hingga 1988, menyumbang sejumlah wang bagi Hadiah Buku itu sempena ulang tahunnya yang ke-97 pada 23 April tahun lalu.

Tahun ini, seramai 747 pelajar diploma dan ijazah tamat pengajian di Nafa.

Ketika ditemui di Nafa Khamis lalu, Cik Masturah, yang memimpin sayap belia kumpulan teater setempat Buds Theatre Company, berkata:

"Saya terdedah kepada teater sejak menganggotai kelab drama di sekolah rendah. Saya menyedari cinta saya bukan sahaja kepada bidang lakonan, malah penerbitan naskhah pementasan.

"Pada usia remaja saya berpeluang meraih panduan insan teater yang bertungkus-lumus demi seni seperti Encik Alvin Tan daripada The Necessary Stage dan Cik Natalie Hennedige daripada Cake Theatrical Productions.

"Saya merasakan pengalaman dan pengetahuan tentang industri teater setempat menerusi penglibatan enam tahun di Buds Theatre Company menjadikan saya lebih prihatin tentang sumbangan teater kepada masyarakat.

"Berlakon bukan setakat kerja seni, tetapi mengajar tentang kesabaran dan disiplin. Di Nafa, saya belajar agar menerima kesilapan saya dan memperbaiki diri. Kalau takut nak buat silap, kita tak 'kan belajar."

Anak bongsu dalam keluarga tiga beradik itu juga suka berbincang tentang isu semasa apabila membawa program teater belia ke perhimpunan sekolah setempat.

"Konsep teater berforum misalnya membuka ruang pelajar menonton sketsa dan bertukar pandangan tentang senario pengganasan. Ia tidak memberi huraian tetapi mencungkil pelbagai idea di fikiran mereka tentang isu itu," katanya, yang bercita-cita menjadi guru pertuturan dan drama.

Bapanya, Encik Oli Mohamed, 54 tahun, pengurus stesen MRT, mungkin tidak tahu banyak tentang perkembangan dunia teater, manakala ibunya, Cik Mina Abdul Rahman, 52 tahun, minat menari di bangku sekolah tetapi tidak meneruskannya.

"Setiap kali aktivis teater setempat dan pemenang Anugerah Seniman Muda, Majlis Seni Kebangsaan (NAC), Siti Khalijah Zainal diiktiraf, ayah akan bertanya, 'Apakah perkara yang dilakukan Siti teater?'

"Beliau tumpang bangga, malah saya sendiri melihat Siti yang bekerja keras sebagai teladan," kata Cik Masturah.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3