Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pelajar TP selamatkan kakitangan kampus dalam nahas

Nov 10, 2023 | 11:41 AM



Encik Adli Yazlani Zainal, seorang pelajar tahun kedua di Politeknik Temasek (TP), telah menunjukkan keberanian dan kebaikan hati yang luar biasa apabila beliau bergegas untuk membantu seorang kakitangan TP, Cik Gail Goodenough, yang terlibat dalam kemalangan di luar kampus TP.

Beliau bersama tiga rakan sedang dalam perjalanan pulang dari sekolah untuk makan malam apabila mereka menyaksikan satu kemalangan berantai. Kejadian itu berlaku pada 23 Oktober 2023, 7 malam.

Sebagai pengiktirafan terhadap tindakan mereka, Sijil Kepujian telah diberikan kepada Encik Adli dan rakan-rakannya, Encik Marco Sim, Encik Norvin Tan, dan Cik Lycia Goh. Sijil tesebut disampaikan oleh Pengarah Sekolah Informatik dan Teknologi Maklumat, Dr. Eng Pin Kwang, pada 26 Oktober 2023.

Keempat-empat pelajar berusia 18 tahun itu berada dalam bas yang sedang berhenti di perhentian bas di seberang kampus TP, di hadapan pintu utama sekolah, ketika mereka terdengar perlanggaran.

Bercakap kepada Berita Harian, Encik Adli berkata: “Saya tidak teragak-agak; saya terus keluar dari bas tanpa berkata apa-apa kepada rakan-rakan saya. Saya rasa mereka ikut saya.


“Apabila saya keluar dari bas, saya sedar bahawa terdapat empat kereta terlibat dalam kemalangan, dan keempat-empat pemandu kereta tersebut sibuk dengan masalah masing-masing.”

Menurutnya, beliau menilai keadaan tersebut dan perasan ada minyak tumpah di merata tempat. Pada masa yang sama, beliau dan rakan-rakannya menyedari ada seorang wanita berada di kereta ketiga dalam ketakutan.

“Marco telah menghubungi ambulans, manakala saya bergegas membantu wanita itu. Apabila saya mengetuk tingkap kereta dan membuka pintu, saya mengenali beliau sebagai Cik Gail Goodenough, Penolong Pengarah Akademik & Pembangunan Pelajar dan Pengerusi Kursus Reka Bentuk Pakaian & Perniagaan di TP,” katanya.

“Cik Gail berada dalam keadaan agak terkejut dan beliau cuma mampu berkata bahawa kasutnya tercampak ke hadapan,” kata Encik Adli.

Dengan tenang, Encik Adli menjelaskan kepada Cik Gail bahawa beliau perlu keluar secepat mungkin kerana minyak tumpah di merata tempat.

Encik Adli mengambil kasut Cik Gail dan membimbingnya keluar ke lokasi yang selamat di tepi jalan yang berumput.

“Walaupun keadaan itu tegang dan menakutkan, saya tetap tenang dan bertindak cepat. Saya tidak hanya mahu melihat saja; saya mahu menjadi berguna dan membantu,” katanya.

Menurut pelajar Diploma dalam jurusan Keselamatan Siber dan Forensik Digital itu, ini bukan kali pertama beliau mendapati dirinya berada dalam keadaan sedemikian. 

Pada awal 2023, Encik Adli menyaksikan satu kemalangan berantai yang melibatkan antara lima hingga enam kereta di sekitar 9 Tampines Avenue 2, ketika bekerja menghantar makanan. 

Semasa kejadian itu, Encik Adli telah menarik mangsa keluar dari sebuah kereta ke tempat selamat, dan peristiwa ini menanamkan dalam dirinya keazaman dan naluri kuat untuk membantu semasa krisis.

Cik Gail menyatakan bahawa itu adalah hari pertama semester baru, dan beliau sedang dalam perjalanan pulang dari sekolah menggunakan perkhidmatan Grab.

“Semasa berhenti di lampu isyarat, tiba-tiba kami dilanggar dari belakang, dan impaknya sangat kuat. Kereta Grab saya akhirnya melanggar dua kereta di hadapan kami,” katanya.

Beliau dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan bagi kecederaan termasuk tulang ekor dan bahagian paru-paru kanannya, serta parut dan lebam disebabkan tali pinggang keledar .

Cik Gail berkata: “Encik Adli begitu tenang sepanjang masa itu. Sangat jarang untuk berjumpa sekumpulan remaja yang akan bantu orang lain dalam kesusahan. Saya sangat berbesar hati kerana mengetahui kita mempunyai individu yang prihatin. Tingkah laku yang mengambil berat terhadap orang lain, seperti ini harus dipuji.

“Saya benar-benar berterima kasih kepada mereka pada malam itu, dan saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa mereka kerana membesarkan anak-anak yang tidak mementingkan diri sendiri,” kata beliau. – Batrisyia Baharim




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >