Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Raih pingat cemerlang bidang elektronik di WorldSkills Asean

Aug 20, 2023 | 12:29 PM



Minat dalam bidang elektronik dan kejuruteraan aeroangkasa yang dikongsi bapa dan adik lelakinya mendorong Encik Muhammad Hasnaat Islam memutuskan mengambil kursus diploma elektronik di Politeknik Temasek.

Melalui kursus tiga tahun itu, Encik Hasnaat diberi pula peluang mewakili Politeknik Temasek dan juga Singapura dalam pertandingan kemahiran WorldSkills Asean 25-28 Julai dalam kategori elektronik.

Kebolehan Encik Hasnaat, 21 tahun, diakui apabila beliau muncul antara pemenang ‘Medallion of Excellence’ yang diumumkan pada 27 Julai.

Menurutnya, sebagai persiapan menyertai pertandingan WorldSkills Asean yang diadakan di Singapura selama tiga hari itu, beliau harus berada di makmal setiap hari.

“Jurulatih saya akan memberi saya litar skematik dan saya harus merakamkan litar itu dalam sebuah sofwe. Proses ini mengambil masa sekitar tiga hingga empat jam,” ujarnya.

Dalam sesi latihan, beliau diberi tugas memasang papan litar bercetak (PCB), memateri dan menguji sama ada litar itu boleh berfungsi atau tidak.

“Setiap hari ada sahaja cabaran tetapi saya bertekad melakukan yang terbaik,” kata Encik Hasnaat.

Menurutnya, Matematik dan Sains subjek yang beliau paling lemah dulu.

Beliau mengambil tuisyen dan daripada situ minatnya dalam kedua-dua subjek tumbuh hingga beliau dapat memahami konsep-konsep yang pada awalnya sukar.

Ini mendorongnya menyambung pelajaran di Politeknik Temasek dalam bidang elektronik yang menyatukan dua subjek itu.

“Berlatih untuk pertandingan WorldSkills mengambil masa yang agak lama. Saya terpaksa korbankan masa yang selalunya saya luangkan untuk ke gim atau melakukan aktiviti kokurikular,” kata Encik Hasnaat, yang juga ahli kelab triathlon politeknik itu.

Penerima Biasiswa Agensi bagi Sains, Teknologi dan Penyelidikan (A*Star) 2021 itu dapat mengimbangi masa dengan baik dan menumpukan perhatian pada latihan pertandingan, hingga berjaya memenangi pingat mengiktiraf kecemerlangannya.

Beliau mendapati bahagian pertama pertandingan itu agak sukar dan berasa tidak cukup latihan menghadapi ujian bahagian kedua, namun bersyukur kerana berjaya memperoleh pingat.

Encik Hasnaat, yang kini bekerja separuh masa di sebuah syarikat A*Star sebagai penyelidik, menghargai sokongan kuat keluarga, rakan sekolah dan jurulatihnya.

Beliau bercita-cita kembali ke politeknik itu sebagai seorang jurulatih suatu hari kelak.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >