Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pelan bagi rancakkan kawasan Kampong Gelam

Jul 09, 2023 | 04:45 PM



Sebuah Pelan Daerah baru telah dilancarkan oleh Perikatan Kampong Gelam (KGA) untuk meningkatkan warisan, tawaran dan pengalaman Kampong Gelam untuk pihak berkepentingan dan pengunjung.

Pelan Daerah, yang akan dijalankan secara progresif dalam tempoh lima tahun, merangkumi usaha mengukuhkan identiti Kampong Gelam, mengekalkan landskap ekonominya, menggalakkan penyesuaian tempat, mewujudkan kawasan lebih terhubung dan mudah diakses untuk semua peringkat umur dan kebolehan, selain mencergaskan daerah itu dengan pelbagai acara.

Berkongsi rancangan itu kepada media dan pihak berkepentingan pada Ahad, Menteri Negara (Pembangunan Negara merangkap Ehwal Dalam Negeri), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim, berkata amat penting untuk mengekalkan ciri unik Kampong Gelam bagi tahun-tahun mendatang.

“Kampong Gelam merupakan daerah bersejarah Melayu/Islam yang penting di mana ia merangkumi kepelbagaian budaya dan saling hormat-menghormati kewujudan bersama.

“Ia juga merupakan destinasi popular untuk pengunjung dari semua lapisan masyarakat, dengan jalan-jalannya yang meriah dan sibuk,” kata Dr Faishal.

Menurut Dr Faishal, Pelan Daerah itu adalah suatu wawasan bersama daripada lebih 1,600 pihak kepentingan Kampong Gelam dan orang ramai menerusi latihan penglibatan awam seperti tinjauan dan sesi maklum balas yang diadakan dari November 2022 hingga Januari 2023.

Berdasarkan idea dan maklum balas yang dikumpul, KGA dan Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA), telah mengenal pasti lima bidang tumpuan yang akan menyokong Pelan Daerah iaitu identiti, ekonomi, penyesuaian tempat, ketersambungan dan pengaktifan.

“Kampong Gelam merupakan tempat yang istimewa di hati ramai warga Singapura dan pengunjung. Sebagai kawasan pemuliharaan, ia dihargai sebagai tempat yang kaya dengan warisan, tradisi yang pelbagai dan pengalaman yang dikongsi.

“Kami berharap dapat terus mengekalkan warisannya yang kaya dan pada masa yang sama berupaya menyuntik kesegaran agar ia kekal relevan dan menarik untuk generasi masa kini dan seterusnya,” tambahnya.

Untuk memastikan Pelan Daerah itu dilaksanakan dengan lancar bagi tahun-tahun yang akan datang, KGA akan diformalkan sebagai sebuah syarikat awam berhad yang dijamin (CLG) untuk memudahkan perkongsian yang lebih formal dan meluas dengan perniagaan, organisasi dan agensi lain.

Pengerusi KGA, Encik Saeid Labbafi, berkata:

“Menerusi Pelan Daerah ini, KGA menyasarkan untuk mempromosikan identiti dan nilai warisan Kampong Gelam, menyokong perniagaan di sini dan menggunakan ruang awam dengan baik.

“Kami akan terus bekerjasama dengan agensi untuk menjadikan Kampong Gelam sebagai tempat yang bertenaga, terhubung dan menarik dikunjungi oleh semua orang,” kata Encik Saeid.

KGA terdiri daripada penduduk, institusi kebudayaan, organisasi perniagaan, pemilik hartanah dan hotel di dalam dan sekitar Kampong Gelam.

Selain memacu pertumbuhan ekonomi di presint Kampong Gelam, ia juga bertujuan mengukuhkan struktur budaya, komuniti dan sosialnya dengan membangunkan program dan projek yang berkaitan dengan kerjasama agensi pemerintah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >