Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pelan Induk Pemerkasaan 2030 sokong golongan kurang upaya

Aug 18, 2022 | 06:15 AM



SINGAPURA menyasarkan 40 peratus orang kurang upaya diambil bekerja menjelang 2030 dalam usaha menyokong dan membolehkan golongan itu menyumbang kepada masyarakat.



Matlamat itu - satu peningkatan sekitar 30 peratus daripada tempoh antara 2020 dengan 2021 - dinyatakan dalam peta laluan keempat dan terkini, Pelan Induk Pemerkasaan 2030 (EMP2030), yang dilancarkan semalam.



Pelan induk itu, yang dilancarkan di bangunan Pusat Aktiviti Harian yang baru kendalian agensi dan khidmat badan sosial AWWA bagi Orang Kurang Upaya di Pasir Ris Street 22, juga membentangkan inisiatif untuk majikan yang akan menggerakkan negara ke arah matlamat tersebut dalam tempoh lapan tahun mendatang.



"Lapan tahun bukan bermakna noktah, tapi hanya satu titik pencapaian ke arah kemajuan dalam memperbaiki kehidupan mereka yang kurang upaya," kata Setiausaha Parlimen Kanan (Pembangunan Sosial dan Keluarga dan Kementerian Kebudayaan Masyarakat dan Belia), Encik Eric Chua.



Matlamat mencapai 40 peratus tenaga pekerja itu bertujuan menggajikan lagi 10,000 orang kurang upaya ke dalam industri pekerjaan.



Naib Pengerusi Persekutuan Perniagaan Singapura, Encik Gan Seow Kee, yang juga pengerusi bersama sebuah jawatankuasa 27 anggota yang mengusahakan pelan induk itu, berkata:



"Penggajian orang kurang upaya bukan hanya soal ekonomi. Ia boleh memberikan golongan ini berasa mereka sebahagian daripada masyarakat, menyumbang kepada masyarakat, berasa inklusif."



Jawatankuasa itu telah berunding dan menerima maklum balas dengan lebih 300 orang kurang upaya, keluarga dan penjaga mereka, serta sektor profesional kesihatan untuk mengumpul data dan laporan itu sejak Julai tahun lalu.



Kesemua 29 cadangan dalam laporan itu telah diterima, kata Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, yang menerima laporan itu bagi pihak kementerian.



Cadangan itu adalah dalam bidang pendidikan khas, pekerjaan, sokongan penjaga, komunikasi inklusif, penjagaan kesihatan dan lain-lain.



Penambahbaikan kepada infrastruktur fizikal dan digital negara juga adalah antara yang diketengahkan oleh pihak jawatankuasa.



Mengulas usaha itu dalam satu kenyataan semalam, Encik Masagos berkata:



"Ini adalah satu tugas yang penting, yang memberi bayangan Singapura yang inklusif menjelang 2030, dan menyediakan rangka kerja supaya kemajuan boleh dikecapi di sepanjang perjalanan, sambil kita berusaha untuk merealisasikan ini."



Pelan Induk Pemerkasaan itu terdiri daripada 29 cadangan di sepanjang tiga tema strategik yang merangkumi 14 bidang tumpuan termasuk di pelbagai peringkat kehidupan serta keperluan orang kurang upaya dan penjaga mereka.



Antara cadangan laporan itu ialah peningkatan akses kepada perkhidmatan sokongan orang kurang upaya dalam kumpulan kawasan perumahan.



"Kami telah menetapkan matlamat buat kali pertama, ia adalah matlamat yang mencabar. Tetapi kami tidak akan lari daripada sasaran ini kerana kami percaya ini adalah perkara yang perlu kami lakukan untuk masyarakat," tambah Encik Chua berkenaan pelan Induk yang akan dikuatkuasakan di masa terdekat ini.



Sebuah pasukan petugas juga akan dibentuk untuk membangunkan model kehidupan bermasyarakat baru bagi golongan kurang upaya.



Ia akan mengenal pasti pilihan perumahan dan penjagaan yang diperlukan untuk orang yang mempunyai jenis ketidakupayaan yang berbeza serta keperluan sokongan, dan mereka bentuk model perumahan dan penjagaan alternatif untuk membantu mereka untuk hidup dan mengambil bahagian dalam aktiviti kemasyarakatan tanpa halangan.



Maklumat lanjut mengenai Pelan Induk Pemerkasaan boleh didapatkan di laman https://go.gov.sg/emp2030.




  • Tema Strategik 1: Mengukuhkan bantuan untuk pembelajaran sepanjang hayat dalam ekonomi yang pantas berubah

  • Tumpuan:

    - Tahun-tahun awal

    - Tahun-tahun persekolahan

    - Melangkaui tahun persekolahan

  • Tema Strategik 2: Memperkasakan orang kurang upaya untuk hidup berdikari

  • Tumpuan:

    - Pekerjaan Inklusif

    - Kehidupan Inklusif

    - Teknologi Bantuan

    - Sokongan penjaga

  • Tema Strategik 3: Mewujudkan persekitaran fizikal dan sosial yang inklusif orang kurang upaya

  • Tumpuan:

    - Komunikasi Inklusif

    - Pengangkutan Inklusif

    - Ruang Awam Inklusif

    - Penjagaan Kesihatan Inklusif

    - Sukan Inklusif

    - Kesenian dan Warisan Inklusif

    - Masyarakat Inklusif




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >