Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pelan lindung East Coast dari banjir dengan projek tambak Long Island

Seluas 800 hektar, ia boleh tempatkan perumahan,
pekerjaan, kemudahan, taman dan kolam air 
Nov 28, 2023 | 07:23 PM
File



Tiga tapak tanah, dipanggil Long Island, akan ditambak di sepanjang East Coast dalam beberapa dekad akan datang untuk melindungi kawasan itu daripada peningkatan paras laut dan banjir, dengan kajian teknikal selama lima tahun bakal bermula awal 2024.

Di samping itu, Long Island, seluas 800 hektar dan sekitar dua kali ganda saiz Marina Bay, akan mewujudkan peluang untuk perumahan, pekerjaan, kemudahan, taman dan kolam air baru.

Aras laut secara purata di sekitar Singapura diunjurkan meningkat sehingga satu meter menjelang akhir abad ini, malah boleh meningkat sehingga empat hingga lima meter di atas paras laut purata (AMSL) apabila air pasang besar bertepatan dengan lonjakan ribut, kata Menteri Pembangunan Negara merangkap Menteri Bertanggungjawab bagi Integrasi Khidmat Sosial, Encik Desmond Lee, pada Selasa.

Ketika berucap pada satu acara penanaman pokok di East Coast, Encik Lee menjelaskan itu adalah masalah yang sangat serius kerana sekitar satu pertiga daripada Singapura terletak di bawah lima meter AMSL dan berisiko ditenggelami air laut.

Mengulas tentang kajian teknikal Long Island, Encik Lee berkata: “Sebagai permulaan, kami perlu memulakan kajian alam sekitar dan kejuruteraan yang meluas untuk melihat sama ada profil tebus guna konseptual boleh dilaksanakan, dan merumuskan penyelesaian berasaskan alam semula jadi yang inovatif dan kos efektif bagi menambak dan membangunkan Long Island.”

Dalam beberapa tahun akan datang, agensi pemerintah juga akan mendekati orang ramai untuk mengumpul idea dan maklum balas bagi projek Long Island.

Pelan semasa adalah untuk menambak tiga tapak tanah sepanjang Taman East Coast, dari Marina East ke Tanah Merah, dengan tanah paling timur dirancang untuk digunakan untuk keperluan perindustrian dan tanah paling barat bakal digunakan untuk perumahan.

Ketiga-tiga tapak tanah akan ditambak lebih tinggi daripada tanah yang sedia ada supaya ia boleh melindungi Taman East Coast daripada paras laut yang meningkat.

Sebanyak dua pintu air pasang dan dua stesen pam, seperti yang ada di Bendungan Marina, akan dibina berjauhan daripada perumahan untuk mengurangkan risiko banjir di East Coast dengan mengawal paras air dalam kolam air baru yang bersempadan dengan Taman East Coast dan Long Island.

Agensi air negara PUB berkata projek tebus guna Long Island berkemungkinan mewujudkan kolam air ke-18 Singapura, yang akan meningkatkan bekalan air negara.

Pintu air pasang di kolam air baru tersebut akan dibuka untuk melepaskan lebihan air ke laut ketika hujan lebat dan air surut. Tetapi apabila air pasang, stesen pam akan digunakan untuk melepaskan air hujan berlebihan.

Kolam air baru itu dijangka mempunyai kawasan tadahan sekitar 5,000 hektar, kira-kira separuh daripada Kolam Air Marina, yang mempunyai kawasan tadahan terbesar di Singapura.

Encik Lee berkata kolam air itu juga boleh digunakan untuk kegiatan air seperti berkanu dan menaiki bot naga.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >