Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN: PERBAHASAN RANG UNDANG-UNDANG HARGA KARBON

Pelancong, warga asing tinggal di sini bayar separuh daripada GST pada 2018, 2019

Nov 09, 2022 | 05:30 AM



PELANCONG dan warga asing di Singapura membentuk hampir $3 bilion, atau sekitar separuh, daripada cukai barangan dan perkhidmatan (GST) tahunan bersih yang dibayar isi rumah dan individu pada 2018 dan 2019, kata Menteri Negara Kanan (Kewangan merangkap Pengangkutan), Encik Chee Hong Tat, di Parlimen semalam.



Isi rumah dan individu membayar GST sekitar $6.8 bilion setahun pada 2018 dan 2019, lepas ditolak bayaran balik di bawah Skim Bayaran Balik Pelancong. Lepas ditolak Baucar GST lebih $1 bilion yang diberi setahun kepada isi rumah warga Singapura, GST tahunan bersih yang dikumpul daripada isi rumah dan individu sekitar $5.7 bilion.



Pelancong dan warga asing yang tinggal di sini membentuk sekitar 50 peratus daripada jumlah itu. Kumpulan 20 peratus teratas daripada isi rumah penduduk di Singapura membentuk sekitar 20 peratus lagi.



Data 2020 dan tahun lalu tidak disebut kerana tidak mewakili corak perbelanjaan dek pandemik Covid-19.



"Sebahagian besar GST bersih yang dikumpul pemerintah sebenarnya dibiayai dua kumpulan. Maksudnya baki 30 peratus dibiayai oleh yang lain - baki 80 peratus isi rumah dan individu," katanya.



Sedang ini bermakna ada sebahagian GST bersih dibayar kumpulan berbeza dalam masyarakat, termasuk golongan pendapatan pertengahan dan pertengahan atas, impak yang mereka tanggung bukan jumlah penuhnya, ujar Encik Chee.



Beliau berkata demikian dalam respons kepada Anggota Parlimen Parti Pekerja (WP), Profesor Madya Jamus Lim (GRC Sengkang), yang bertanya tentang pecahan GST bersih yang dibayar pelbagai kumpulan, dan menimbulkan keprihatinan tentang impak GST ke atas kelas pertengahan, yang mungkin tidak layak mendapat sokongan penuh.



Encik Chee berkata pakej sokongan pemerintah meliputi juga isi rumah berpendapatan pertengahan ada turut memberi manfaat kepada golongan berpendapatan lebih tinggi atau tinggal di hartanah privet.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >