Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pelanggan lebih hati-hati buat pembelian luar negara dek kos penghantaran naik

Aug 28, 2022 | 05:30 AM



CIK Caitlyn Cheng, yang sering membeli-belah di platform perdagangan elektronik Taobao sejak lapan tahun lalu, kini lebih berhati-hati membeli barangan dari platform itu.



Ini selepas beliau memerhatikan beberapa kenaikan dari segi kos penghantaran sejak permulaan tahun ini, katanya kepada akhbar The Straits Times (ST).



"Saya sekarang perlu membayar lagi 30 hingga 40 peratus untuk membiayai kos penghantaran secara keseluruhan," kata analisa teknologi berusia 27 tahun itu, yang sering membeli pakaian, kelengkapan rumah dan produk fesyen dari China.



Beliau kini memilih agar barang yang dibelinya itu dihantar menerusi kapal kerana ia lebih murah daripada penghantaran udara, dan kosnya adalah berdasarkan timbang berat.



"Sudah tentu sekarang saya akan memikirkan dua kali sebelum membeli sebarang produk, terutamanya barang besar atau yang mahal," tambahnya.



Awal bulan ini, penyedia khidmat penghantaran vPost mengumumkan ia sedang menggantung penghantaran menerusi laut dari China dan semua penghantaran menerusi kapal dari Indonesia ke Singapura dari 24 Ogos disebabkan kos penghantaran yang tinggi.



Singapore Post, yang mengendali vPost, berkata ia telah cuba membuat kos penghantaran itu lebih berpatutan bagi pelanggan awal tahun ini, seperti menetapkan diskaun dengan menggabungkan beberapa tempahan menjadi satu.



Namun, ia berkata kos penghantaran kekal tinggi.



Ini meskipun setelah syarikat itu memperkenal tambang minyak yang perlu dibiayai pelanggan.



"Oleh itu, kami membuat keputusan sukar iaitu untuk menggantung khidmat tersebut daripada membuat pelanggan membiayai kos lebih tinggi itu." kata jurucakap SingPost kepada ST.



"Khidmat yang digantung itu juga adalah bagi khidmat yang menyaksikan permintaan paling rendah dalam seluruh rangkaian kami, jadi kesannya kepada pelanggan adalah minimal," tambahnya.



Encik Bernard Chan, pengarah penyedia khidmat penghantaran Penanshin Air Express, pula berkata harga penghantaran naik mendadak semasa pandemik Covid-19.



Misalnya, kos penghantaran kontena 20 kaki ke Los Angeles menerusi laut pada 2021, naik 10 kali ganda berbanding 2019.



Kosnya sekarang adalah empat kali ganda harga sebelum Covid-19.



Pada masa yang sama, harga yang ditetapkan Penanshin bagi menghantar kontena 20 kaki ke Shanghai pada 2021 naik sekitar 15 kali kos pada 2019.



Harganya kini lima kali ganda kos sebelum pandemik.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >