Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pelanggan runcit tidak boleh guna kad kredit tempatan beli mata wang kripto: MAS

Nov 24, 2023 | 04:13 PM



Pelanggan runcit yang berurusan dengan penyedia perkhidmatan token pembayaran digital (DPT) yang dikawal selia Singapura tidak akan dibenarkan membeli mata wang kripto menggunakan kad kredit tempatan.

Mereka juga perlu menjalani penilaian kesedaran risiko perdagangan dalam DPT, yang harganya tidak menentu.

Langkah-langkah itu adalah antara senarai syarat yang ditetapkan oleh Penguasa Kewangan Singapura (MAS) pada 23 November, sedang ia memuktamadkan peraturan yang disarankannya bagi penyedia perkhidmatan DPT di sini.

Langkah terakhir itu, yang akan berkuat kuasa secara berperingkat mulai pertengahan 2024 berikutan pindaan perundangan, juga menyatakan bahawa penyedia perkhidmatan kripto tidak akan menawarkan insentif seperti token percuma untuk menarik pengguna runcit.

Penyedia perkhidmatan kripto juga tidak dibenarkan menawarkan pembiayaan, margin (perbezaan jumlah) atau transaksi leveraj (keumpilan kewangan).

Terdapat juga had bagi nilai mata wang kripto dalam menentukan nilai bersih pelanggan.

Di bawah peraturan itu, penyedia perkhidmatan kripto akan menganggap semua pelanggan sebagai pelanggan runcit, kecuali bagi pelabur institusi.

Pelanggan runcit merujuk kepada mereka yang tidak bertauliah atau pelabur institusi.

Mereka yang layak sebagai pelabur bertauliah perlu memilih ingin dianggap sebagai pelabur bertauliah.

Pada masa ini, pelabur bertauliah ialah seseorang yang mempunyai sekurang-kurangnya $2 juta dalam aset peribadi bersih.

Di bawah peraturan muktamad dalam menentukan apakah seseorang individu layak sebagai pelabur bertauliah, pengawal selia akan mengiktiraf tidak lebih daripada 50 peratus daripada nilai pegangan DPT yang dimiliki seseorang, atau hingga $200,000, bergantung mana lebih rendah.

Bagaimanapun, MAS berkata pemain kripto dan institusi kewangan boleh mengguna pakai model penilaian mereka sendiri, selagi mereka “mencapai hasil yang sama atau lebih berhemat”.

Selain daripada perlindungan pengguna, pemain juga mesti mematuhi peraturan kelakuan perniagaan.

Mereka perlu mengenal pasti, mengurangkan dan mendedahkan dengan jelas konflik kepentingan yang berkemungkinan berlaku dan yang sebenar; menerbitkan dasar, prosedur dan kriteria yang mengawal penyenaraian DPT; serta mewujudkan dasar dan prosedur berkesan untuk mengendalikan aduan pelanggan dan menyelesaikan pertikaian.

MAS berkata penyedia perkhidmatan kripto harus menyelesaikan pertikaian dengan pelanggan runcit melalui kaedah seperti pengantaraan, timbang tara dan litigasi di mahkamah Singapura.

Ia menyatakan penyedia boleh secara sukarela menggunakan perkhidmatan Pusat Penyelesaian Pertikaian Industri Kewangan sebagai saluran penyelesaian pertikaian alternatif secara ad-hoc untuk bayaran kes yang dipersetujui.

Dari segi teknologi dan risiko siber, MAS berkata ia akan mewajibkan penyedia perkhidmatan DPT mengekalkan ketersediaan tinggi dan kebolehpulihan sistem kritikal mereka, selaras dengan keperluan semasa yang dikenakan ke atas institusi kewangan.

Akan ada tempoh peralihan yang mencukupi untuk penyedia perkhidmatan DPT melaksanakan langkah-langkah ini dengan betul, kata MAS.

Encik Robson Lee, rakan kongsi di firma guaman Kennedys Law, memberi amaran bahawa pengguna runcit tidak boleh meletakkan kepercayaan sepenuhnya atau kepercayaan melulu pada pengendali kripto yang mempunyai lesen MAS, kerana semua pelaburan membawa risiko.

Beliau berkata pengguna runcit mesti berhati-hati agar tidak secara tidak sengaja terlibat dalam sembarang pengubahan wang haram atau skim terlarang lain, kerana akibat undang-undang bersubahat dengan sembarang kegiatan haram itu adalah keras.

“Risiko terlibat secara tidak sengaja dalam pengubahan wang haram dan/atau pembiayaan kegiatan pengganas adalah nyata apabila pengguna tertarik menyertai skim ‘menjadi kaya’, yang dijanjikan pengendali kripto di dunia tanpa sempadan yang bukan dalam bidang kuasa undang-undang sembarang pasaran kewangan mantap, yang mempunyai pengawal kawal selia betul dan rejim penguatkuasaan ketat,” tambah Encik Lee.

Encik David Gerald, pengasas yang juga ketua eksekutif Persatuan Pelabur Sekuriti (Singapura), berkata walaupun peraturan MAS mempunyai perlindungan untuk pengguna, risikonya terlalu besar bagi pelabur kecil.

“Tiada peraturan menyeluruh yang boleh melindungi pelabur runcit sepenuhnya; semua orang mesti tahu mereka mengambil risiko besar apabila melabur dalam mata wang kripto.”

Langkah muktamad itu disediakan setahun selepas MAS mula mencadangkan agar penyedia perkhidmatan DPT mesti menguji pemahaman pelanggan tentang kemungkinan risiko perdagangan sebelum membenarkan mereka melabur.

Pada Julai, MAS menerbitkan kumpulan pertama maklum balas perundingan dan pindaan perundangan yang dicadangkan berkaitan pengasingan aset pelanggan dan syarat penjagaan.

Ini bertujuan melindungi aset pelanggan Singapura dalam satu langkah yang bertujuan mengelakkan pengulangan kerugian besar pelabur yang berlaku pada 2022 apabila firma mata wang kripto muflis.

Pada Ogos, pengawal selia menetapkan peraturannya bagi penerbit stablecoin di Singapura, termasuk mempunyai jumlah rizab minimum dan membenarkan pelabur menebus tepat pada masanya pada nilai tara.


Cik Ho Hern Shin, timbalan pengarah urusan bagi penyeliaan kewangan di MAS, berkata walaupun tingkah laku perniagaan dan langkah akses pengguna boleh membantu melindungi kepentingan pelabur runcit, “ia tidak boleh melindungi pelanggan daripada kerugian berkaitan mata wang kripto yang bersifat spekulatif dan sangat berisiko”.

Beliau menggesa pengguna supaya terus berwaspada dan berhati-hati apabila berurusan dengan perkhidmatan DPT.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >