Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pelanggan tetap patuh walau peraturan tegas dilaksana

Aug 17, 2021 | 05:30 AM



SEJAK sekatan menjamu selera di restoran dilonggarkan minggu lalu, kedai makan dan minuman (F&B) Wakuwaku Yakiniku dan Fat Papas di Bali Lane menerima respons yang memberangsangkan daripada pelanggan.



Menurut pemilik kededua restoran itu, Sheikh Haikel, minggu pertama kelonggaran sekatan menjamu selera itu berjalan dengan lancar.



"Menurut kakitangan saya, kami tidak menghadapi isu yang serius mengenai pelanggan yang tidak mematuhi peraturan. Saya rasa kerana ramai warga Singapura peka akan peraturan yang telah ditetapkan.



"Oleh kerana pasukan pengurusan restoran kami sangat tegas, walaupun dengan kakitangan, kami memastikan arahan dan protokol diterangkan dengan jelas," ujar beliau.



Mengulas lagi mengenai peraturan menjamu selera, Sheikh Haikel akur bahawa mereka telah terpaksa menolak lebih kurang 10 orang secara keseluruhan untuk kededua restorannya kerana pelanggan tersebut belum memenuhi tempoh dua minggu setelah menerima vaksin.



"Kami juga ada menerima beberapa pelanggan yang cuba mengongsi bukti vaksinasi mereka menerusi dokumen, namun, kakitangan saya hanya akan menerima bukti daripada aplikasi TraceTogether.



"Kami hanya mengizinkan pelanggan untuk menjamu selera di restoran kami, jika aplikasi TraceTogether menyatakan ada tanda rait hijau pada kotak vaksin," tambah beliau.



Katanya lagi, kakitangannya juga memastikan bukti vaksinasi yang ditunjukkan pelanggan bukan gambar tangkap layar, dengan pelanggan diminta untuk tekan butang 'refresh' di halaman tersebut jika perlu.



"Sebaik sahaja kami tidak membuat apa-apa pengecualian untuk sesiapa, ia semakin mudah bagi kami menjalankan protokol.



"Dengan kelonggaran ini, kami menerima ramai pelanggan tetap yang membuat tempahan hujung minggu lalu dan restoran Wakuwaku Yakiniku penuh.



"Minggu ini juga slot untuk hujung minggu sudah hampir penuh, slot hari biasa masih ada," ujar beliau.



Walaupun restoran itu menyediakan khidmat penghantaran untuk set barbeku dagingnya, pelanggan meluahkan bahawa persekitaran untuk menjamu selera di restoran itu lebih memuaskan berbanding di rumah.



"Saya percaya rakyat Singapura bijak untuk mematuhi peraturan dan menghargai kelonggaran yang diberikan.



"Jika semua memainkan peranan masing-masing dengan bersikap timbang rasa dan memahami antara satu sama lain berdasarkan peraturan terkini, saya pasti keadaan di Singapura akan bertambah lebih baik," tambah beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >