Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pelantikan setiausaha tetap baru MOM, antara perubahan di kementerian

Oct 23, 2023 | 07:33 PM



Beberapa perubahan pada pelantikan setiausaha tetap telah diumumkan oleh Pejabat Perdana Menteri (PMO) pada Isnin.

Antaranya adalah pelantikan setiausaha tetap baru.

Dalam satu kenyataan, PMO telah melantik Encik Jeffrey Siow Chen Siang, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Operasi Enterprise Singapore (EnterpriseSG), sebagai Setiausaha Tetap Kedua Kementerian Tenaga Manusia (MOM) bermula dari 1 Januari 2024.

Cik Teoh Zsin Woon pula akan dilantik sebagai Setiausaha Tetap bagi Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY) dan Setiausaha Tetap (Pembangunan) bagi Divisyen Perkhidmatan Awam (PSD) bermula dari 1 Januari 2024.

Beliau akan melepaskan pelantikannya sebagai Setiausaha Tetap (Pembangunan) bagi Kementerian Pembangunan Negara (MND) pada tanggal yang sama.

Cik Tan Gee Keow akan melepaskan pelantikannya sebagai Setiausaha Tetap bagi MCCY pada 1 Januari 2024 dan akan terus berkhidmat sebagai Setiausaha Tetap bagi Divisyen Perkhidmatan Awam.

Encik Melvyn Ong Su Kiat, Setiausaha Tetap (Pembangunan Pertahanan) bagi Kementerian Pertahanan (Mindef), juga dilantik sebagai Setiausaha Tetap (Pembangunan) bagi MND pada 1 Januari 2024.

Encik Chng Kai Fong, Setiausaha Tetap (Pembangunan) bagi Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI) dan Setiausaha Tetap (Pembangunan) (Keselamatan Siber) bagi PMO akan dilantik semula sebagai Setiausaha Tetap (Penerangan dan Pembangunan) bagi MCI pada 1 November 2023.

Beliau akan terus berkhidmat sebagai Setiausaha Tetap (Pembangunan) (Keselamatan Siber) bagi PMO.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >