Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Nasra sertai pertandingan lari itu kerana tiada peserta wanita

Pelari pecut Somalia yang jadi bahan ketawa kerana ‘lembab’ tidak dilatih

Aug 07, 2023 | 06:07 PM



Pelari pecut Somalia, Nasra Abukar Ali, yang menjadi ‘terkenal’ kerana menduduki tempat terakhir dalam acara 100 meter di Pertandingan Universiti Dunia (World University Games) di China, telah mengaitkan prestasi lemahnya kepada kekurangan kecergasan fizikal, persiapan dan tiada pengalaman.

Dalam klip video yang menjadi viral di media sosial, wanita berusia 20 tahun itu tidak kelihatan dalam rakaman sedang pelari lain melintasi garisan penamat.

Nasra telah mengambil lebih 21 saat untuk menamatkan pelarian itu dan ketinggalan 10 saat selepas juaranya, yang mencatat waktu 11.58 saat, melintas garisan penamat.







Dalam temu bual bersama wartawan Somalia Munasar Mohamad pada Khamis, Nasra berkata beliau tampil untuk mewakili Somalia dalam pertandingan global itu setelah kategori lari 100 meter tersebut gagal menarik peserta wanita negara tersebut.

Nasra berkata beliau mempunyai “hanya sebulan” untuk membuat persiapan bagi pertandingan itu.

“Satu bulan tidak pernah cukup untuk membuat persiapan penuh bagi pertandingan berlari. Saya tidak cergas secara fizikal untuk lari pecut dengan laju,” katanya, menurut saluran digital Turkey TRT Afrika.

Wanita itu berkata menteri sukan Somalia “tahu” akan penglibatannya dalam pertandingan tersebut, malah pegawai kementerian juga menghantarnya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Aden Adde di ibu negara Mogadishu, Somalia.

“Saya kini jadi bahan ketawa kerana saya tidak menang. Sekiranya saya menang, mereka tidak akan memperkecilkan saya,” tambahnya.

Beliau berkata adalah “sukar untuk berentap dengan atlet yang berpengalaman (seasoned) dan handal (well-trained).”

Menteri belia dan sukan Somalia telah menggantung pengerusi wanita persekutuan olahraga negara dan bersedia untuk memulakan tindakan undang-undang, menurut agensi berita Reuters.

Menteri Sukan Mohamed Barre Mohamud berkata satu siasatan dijalankan dengan Jawatankuasa Olimpik Nasional Somalia mendedahkan bahawa Nasra bukan ahli sukan mahu pun pelari.

“Khadijo Aden Dahir, pengerusi Persekutuan Olahraga Somali, telah terlibat dalam tindakan salah guna kuasa, nepotisme, dan mencemar nama negara di arena antarabangsa,” kata menteri itu dalam satu kenyataan.

Beliau tidak memberi butiran lanjut mengenai dakwaan nepotisme itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >