Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pelawak Samad Ayob meninggal dunia

Mar 25, 2021 | 10:34 PM



PELAWAK Singapura yang terkenal pada tahun-tahun ’80-an hingga ’90-an, Samad Ayob, telah kembali ke Rahmatullah petang tadi (25 Mac).



Balu Allahyarham, Cik Salbiah Mohd Noor berkata suaminya itu meninggal dunia pada 5.51 petang di rumah.



Sebelum ini, beliau berada di Hospital Masyarakat Outram selama sebulan, namun pulang ke rumah sejak hampir tiga minggu lalu.



Allahyarham berusia 73 tahun dan meninggalkan seorang balu dan tiga anak.



Dikenali menerusi rancangan Jenakarama pada akhir ’70-an, beliau kemudian muncul dalam hampir kebanyakan rancangan hiburan mingguan. Bahkan beliau pernah diberi watak “Suparmad” dalam rancangan kanak-kanak Aksi Mat Yoyo.



Beliau dianggap pelawak legenda selepas era Allahyarham S. Samsudin dan Wahid Satay.



Berita Harian pernah melaporkan pada 2015 bahawa beliau difahamkan telah menjalani pembedahan berkaitan jantung.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >