Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pelawat SG ke Batam, Bintan tidak boleh keluar dari kawasan yang ditetapkan VTL

Feb 23, 2022 | 05:30 AM



WARGA Singapura yang melawat Batam dan Bintan di bawah Laluan Perjalanan bagi yang Sudah Menjalani Vaksinasi (VTL) dan gelembung perjalanan hanya dibenarkan melawat kawasan yang ditetapkan dan tidak dibenarkan melancong ke kawasan lain.



Pelancong dari Singapura juga tidak dibenarkan bergaul dengan penduduk tempatan di bawah program itu, dan hanya dibenarkan berada dalam kawasan hotel dan resort demi memastikan protokol kesihatan dipatuhi.



Pegawai Perwakilan Pejabat Pelancongan Indonesia di Singapura daripada Kementerian Pariwisata dan Ekonomi Kreatif Republik Indonesia, Encik Sulaiman Shehdek, menjelaskan demikian bagi menjawab pertanyaan ramai tentang pelaksanaan VTL dan gelembung perjalanan ke Batam dan Bintan.



Menurutnya, bagi pelancong ke Batam, kawasan gelembung perjalanan yang ditetapkan hanya di kawasan Nongsa Sensation, yang merupakan sebuah kumpulan pusat peranginan di Nongsapura.



Di Bintan pula, pelawat hanya dibenarkan berada di pusat peranginan Lagoi, yang terkenal dengan keindahan alam dan pantainya.



"Hanya warga Singapura dan warga Indonesia yang menetap di Singapura dibenarkan untuk ke Batam dan Bintan menerusi VTL dan gelembung perjalanan ini.



"Semasa di Batam dan Bintan, pelancong dari Singapura akan diasingkan daripada pelawat tempatan untuk memastikan protokol kesihatan.



"Mereka tidak dibenarkan berada di luar kawasan ini, misalnya untuk melawat kenalan atau saudara-mara di kawasan-kawasan lain,''



Perjalanan dua hala bebas kuarantin antara Singapura dan pulau Batam serta Bintan bermula 25 Februari.



Pelawat dari Singapura hanya boleh melakukan perjalanan menerusi aturan perjalanan khas ke Terminal Feri Antarabangsa Nongsapura di Batam dan Terminal Feri Bandar Bintan Telani di Bintan.



Di Singapura, pusat berlepas dan ketibaan hanya di Terminal Feri Tanah Merah. Encik Sulaiman berkata pelawat juga tidak perlu menjalani kuarantin.



Namun di bawah VTL laut, pelawat tetap tertakluk pada peraturan lain, seperti sudah lengkap divaksinasi dan mempunyai bukti vaksinasi secara digital atau fizikal yang diiktiraf pihak berkuasa Singapura.



Pelawat juga perlu menjalani ujian reaksi rantai polimerase (PCR) bagi Covid-19 di Singapura sebelum berangkat dan setiba di Batam/Bintan serta Ujian Antigen Pantas (ART) sama ada dalam masa 24 jam sebelum meninggalkan Batam/Bintan atau selepas tiba di Singapura



Mereka juga perlu memuat turun aplikasi PeduliLindungi dan Bluepass semasa berada di Batam atau Bintan.



Encik Sulaiman berkata feri penumpang yang digunakan akan membawa hingga sekitar 120 orang walaupun ia boleh menampung hingga 240 orang.



Kuota pelawat pula ditetapkan kepada 350 orang bagi ke Batam dan 350 bagi ke Bintan setiap minggu.



“Ramai menghubungi pihak kami untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang hal ini dan ramai ingin memasuki Bintan dan Batam.



“Mereka perlu mendapatkan khidmat agensi pelancongan atau pihak hotel untuk melakukan perjalanan kerana tiada jualan walk-in (masuk beli) bagi tiket feri.



“Saya harap ini sebagai satu permulaan pembukaan sempadan setelah hampir dua tahun kita tersekat dek Covid-19,’’ ujar Encik Sulaiman.




VTL DAN GELEMBUNG PERJALANAN BATAM DAN BINTAN



  • Perjalanan dua hala bebas kuarantin antara Singapura dan pulau Batam serta Bintan mulai 25 Februari

  • Perjalanan hanya menerusi Terminal Feri Antarabangsa Nongsapura di Batam dan Terminal Feri Bandar Bintan Telani di Bintan

  • Pelawat ke Batam hanya boleh melawat kawasan gelembung perjalanan yang ditetapkan, iaitu hanya di kawasan Nongsa Sensation, dan tidak boleh keluar ke kawasan lain

  • Pelawat ke Bintan hanya dibenarkan berada di pusat peranginan Lagoi dan dan tidak boleh keluar ke kawasan lain

  • Pelawat harus sudah lengkap divaksinasi

  • Pelawat perlu menjalani ujian PCR di Singapura sebelum berangkat dan setiba di Batam/Bintan serta ART sama ada dalam masa 24 jam sebelum meninggalkan Batam/Bintan atau selepas tiba di Singapura

  • Menggunakan aplikasi PeduliLindungi dan Bluepass semasa menjalankan aktiviti di kawasan gelembung perjalanan

  • Pelawat harus mempunyai insurans bernilai $30,000




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >