Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pelbagai faktor 'luar kawalan penjara' pengaruhi risiko golongan anak pesalah dadah

Mar 06, 2021 | 05:30 AM



PERSOALAN tentang apakah seorang anak pesalah dadah boleh menghindari risiko jenayah dan dadah dalam kehidupannya sendiri, bergantung pada banyak faktor yang di luar kawalan pihak penjara, kata Menteri Ehwal Dalam Negeri K. Shanmugam.



Ini termasuk keadaan keluarga tersebut, pengaruh sosial terhadap kanak-kanak itu, kesediaan keluarga untuk terlibat dalam program sokongan untuk mereka, serta akses kepada dadah.



Encik Shanmugam berkata demikian semasa menjawab soalan anggota pembangkang Encik Leon Perera (GRC Aljunied) di Parlimen semalam mengenai program bagi mengurangkan risiko kanak-kanak pesalah dadah daripada terjebak dalam dadah, dan sejauh mana program tersebut berkesan.



"Dari segi penilaiannya, ini satu perkara yang sukar untuk dikaji, kerana ada terlalu banyak faktor yang di luar kawalan penjara," Encik Shanmugam.



Paling penting sekali ialah usaha untuk mengatasi pengedaran dadah dalam masyarakat.



"Jika kita tidak mengatasi isu ini di peringkat awal sebelum bahayanya timbul, akan ada kesan serius kepada kehidupan ramai orang dan anak-anak mereka.



"Apa yang kita lakukan adalah untuk menyelamatkan nyawa ribuan kanak-kanak sedemikian dengan tumpuan mencegah penggunaan meluas dadah menerusi dasar tegas kami terhadap dadah," ujar Encik Shanmugam.



Namun, meskipun ada usaha sedemikian, masih ada individu yang akan terus menyalahgunakan dadah dan meletakkan keluarga serta kanak-kanak mereka dalam risiko.



Encik Shanmugam memberi contoh kes seorang kanak-kanak berusia lima tahun yang meninggal dunia pada 2016 setelah mengalami kelecuran akibat air panas yang dituang ibunya.



Mahkamah mendengar bahawa ibunya itu telah menggunakan dadah methamphetamine selama beberapa tahun, dan disyaki mengalami kesan pengunduran dari dadah kerana tidak dapat membeli dadah daripada pembekalnya yang biasa.



Kata Encik Shanmugam lagi, pemerintah bekerja rapat dengan masyarakat untuk memberi sokongan kepada pesalah dadah dalam proses pemulihan mereka.



Di bawah Projek Masyarakat Reben Kuning (YRCP), misalnya, sukarelawan mendekati keluarga banduan dan merujuk mereka kepada pelbagai program sokongan.



Kini terdapat lebih 1,200 sukarelawan yang telah mendekati lebih 15,000 keluarga.



Ketua pembangkang, Encik Pritam Singh, dan Encik Perera, semalam turut tampil untuk menyatakan sokongan kukuh Parti Pekerja (WP) terhadap pendirian tegas pemerintah mengatasi isu dadah di Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >