Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pelbagai peluang lanjut pelajaran di Eropah

Sep 26, 2023 | 07:10 PM



Terdapat pelbagai peluang tersedia bagi pelajar antarabangsa yang ingin melanjutkan pelajaran mereka di Eropah.

Dengan adanya bilangan besar institusi bertaraf dunia yang terdapat di rantau itu, pelajar Singapura yang berminat untuk melanjutkan pengajian mereka di situ boleh meraih banyak pengalaman yang unik selain mempelajari tentang budaya yang ada, kata Duta Kesatuan Eropah (EU) ke Singapura, Cik Iwona Piórko. 

“EU menawarkan pendidikan bertaraf dunia, peluang yang luas untuk pertumbuhan peribadi dan profesional, biasiswa tanpa bon, pengalaman budaya yang pelbagai, peluang untuk mempelajari banyak bahasa dan kemudahan perjalanan menjadikan universiti di seluruh EU destinasi yang menarik dan unik untuk pelajar Singapura,” kata Cik Piórko. 

Beliau berkata dengan EU sebagai sebuah hab penyelidikan dengan inovasi termaju, pelajar antarabangsa, terutama dari Singapura, boleh melibatkan diri mereka dalam projek penyelidikan yang berdaya saing di peringkat global, selain dapat berhubung dengan pakar terkemuka dalam bidang mereka.

Ini ditambah pula dengan peluang mengembara ke tempat-tempat menarik di sekitar Eropah yang menawarkan pengalaman unik lagi berbeza. 

“Menjangkau bidang akademik, pelajar yang menetap di Eropah juga berpeluang menghayati budaya yang pelbagai di sini melalui seni, muzik, sejarah dan masakan.

“Mereka juga boleh melibatkan diri dalam pelbagai kegiatan kokurikulum dan acara kebudayaan.

“Di samping itu, terdapat juga peluang untuk melancong ke banyak negara di EU, sekali gus memudahkan pelajar meneroka budaya dan wilayah yang berbeza semasa tempoh pengajian mereka di sana,” kata Cik Piórko dalam satu wawancara melalui e-mel bersama Berita Harian (BH).


Meskipun kos yang diperlukan mungkin menjadi faktor besar sebelum pelajar membuat keputusan untuk melanjutkan pelajaran di luar negara, Cik Piórko berkata terdapat beberapa biasiswa yang boleh dimanfaatkan pelajar antarabangsa.

Bagaimanapun, beberapa biasiswa ini mungkin berdasarkan kecemerlangan akademik dan merit serta kriteria lain.

Cik Piórko menambah bahawa banyak negara Eropah menawarkan biasiswa kerajaan khusus untuk pelajar antarabangsa, manakala universiti Eropah turut mempunyai program biasiswa mereka tersendiri yang ditawarkan kepada pelajar dari luar negara.

Bagi menyokong pergerakan pelajar antarabangsa di Eropah, Cik Piórko berkata EU menawarkan beberapa program biasiswa untuk pelajar antarabangsa. Antara yang terkenal ialah program Erasmus+.

Erasmus+ merupakan program EU yang merangkumi bidang pendidikan, latihan, belia dan sukan bagi tempoh 2021 hingga 2027.

Beberapa peluang yang disediakan bagi pelajar dari negara bukan EU seperti Singapura, termasuk Ijazah Sarjana Bersama Erasmus Mundus (Erasmus Mundus Joint Master Degrees)  atau program pertukaran pelajar dan kakitangan serta skim pertukaran belia.

Diperkenalkan sekitar 36 tahun lalu, Erasmus+ ialah salah satu program EU yang paling dimanfaatkan pelajar. Hampir 13 juta orang telah menyertai program itu setakat ini.

Berkongsi lebih lanjut mengenai program mobiliti pendidikan tinggi utama EU, Cik Piórko berkata:

“Erasmus+ membolehkan pelajar universiti belajar atau mengikuti program kerja sambil belajar di negara Eropah.

“Ia menawarkan peluang kepada pelajar untuk meluaskan pengalaman mereka sambil meneroka dan mendalami budaya Eropah.

“Pembiayaan Erasmus+ termasuk sokongan untuk pendidikan dan latihan kakitangan, pekerja belia, dan perkongsian antara universiti, kolej, sekolah, perusahaan dan organisasi bukan untung.

“Ia menawarkan peluang unik untuk belajar di beberapa institusi pengajian tinggi di seluruh Eropah.”

Bakal pelajar boleh merujuk kepada laman https://erasmus-plus.ec.europa.eu/about-erasmus/how-to-take-part untuk keterangan lanjut.

Butiran lanjut mengenai program ini juga akan dikongsi semasa pameran ‘Study in Europe 2023’ yang dianjurkan oleh Delegasi EU ke Singapura pada 30 September di Capitol Piazza. 

Diadakan secara fizikal buat kali pertama sejak pandemik, pameran pendidikan tinggi ini menawarkan pelajar dan ibu bapa peluang bertemu dengan kaunselor pendidikan, wakil akademik daripada universiti terkemuka Eropah, serta wakil kedutaan bagi meneroka laluan pendidikan yang pelbagai yang ditawarkan di Eropah.

Acara tahun ini turut menjanjikan gabungan penglibatan fizikal dan secara maya bagi memenuhi pelbagai keperluan pelajar dan ibu bapa.

Sekitar 22 negara Eropah dan lebih 250 universiti dipamerkan dalam platform digital ‘Study in Europe’ melalui laman web sehenti komprehensif – www.studyineurope.com.sg.

“Pameran pendidikan kami, antara yang paling popular di Singapura dan mantap di rantau ini, mendekati pelajar dan ibu bapa mereka, menghubungkan mereka dengan universiti dan pakar pendidikan dari seluruh Eropah.

“Mereka juga dapat belajar tentang program mobiliti pendidikan tinggi utama EU, Erasmus+, yang merupakan sebahagian daripada inisiatif Gerbang Global EU yang menghubungkan orang ramai, barangan dan perkhidmatan di seluruh dunia dengan cara yang mampan,” tambah Cik Piórko.

Dari 2020 hingga 2022, seramai 15,000 pengunjung telah menghadiri acara itu ketika ia diadakan dalam talian. 

Beliau menganjurkan pelajar dan ibu bapa yang sedang mempertimbangkan EU sebagai destinasi mereka untuk melanjutkan pelajaran supaya “bersikap terbuka kepada pengalaman dan nikmati perjalanan tersebut.” 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >