Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pelepasan biometrik tanpa pasport di Changi antara pindaan Akta Imigresen

Sep 18, 2023 | 08:31 PM



Mulai separuh pertama 2024, penumpang yang berlepas dari Lapangan Terbang Changi boleh melalui pelepasan imigresen automatik menggunakan data biometrik tanpa memerlukan pasport.

Dengan menggunakan “token pengesahan” yang diwujudkan menerusi sistem biometrik, penumpang boleh melepasi proses pemeriksaan atau check-in hingga menaiki pesawat tanpa perlu mengeluarkan pasport atau tiket pesawat.


Perubahan itu hasil pindaan Rang Undang-Undang Imigresen yang diluluskan di Parlimen pada Isnin.

Perubahan sedemikian dapat membantu Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) dalam usaha pendigitalannya serta mengukuhkan kawalan sempadan terhadap orang tidak diingini, kata Menteri Kedua Ehwal Dalam Negeri, Cik Josephine Teo.


Ia juga dapat membantu ICA memberi respons lebih berkesan terhadap cabaran yang kian berubah dan membolehkan pengurusan pas dan permit imigresen dengan lebih cekap.


Selain itu, ia dapat membantu ICA mengukuhkan keselamatan sempadan dengan memperluaskan kuasa pegawainya.

Sebelum ini, pegawai ICA hanya mempunyai kuasa menangkap orang yang terlibat dalam kesalahan imigresen atau kesalahan bukan imigresen di dalam atau di sekitar kawasan yang dibenarkan, seperti pusat pemeriksaan.

Pindaan itu membolehkan mereka membuat tangkapan bagi kesalahan bukan imigresen tidak kira di mana kesalahan tersebut dilakukan.

Di bawah perubahan ke atas akta tersebut, Pengawal Imigresen juga boleh mengeluarkan Arahan Larangan Menaiki Pesawat, yang menghalang orang tidak diingini datang ke Singapura dan bukannya berpatah balik hanya di pusat pemeriksaan setelah tiba.

Menurut Cik Teo, sebelum pandemik Covid-19 terdapat sekitar 110 orang tidak diingini yang ditolak kemasukan mereka ke Singapura setiap bulan.

Arahan baru itu boleh menghalang orang tersebut daripada datang ke Singapura, dan boleh membantu operator pengangkutan menjimatkan sumber yang sebelum ini digunakan untuk menghantar orang sedemikian pulang.

Satu lagi aspek perubahan melibatkan pentadbiran pas dan permit imigresen.

Penduduk Tetap (PR) akan diberi masa enam bulan untuk memohon permit kemasukan semula selepas tamat tempoh.

ICA juga boleh mengenakan atau mengubah syarat ke atas permit kemasukan atau kemasukan semula PR dengan hanya memberitahu mereka, tanpa perlu menunggu penjelasan bertulis daripada orang tersebut, sebelum syarat boleh dikenakan.

Beberapa Anggota Parlimen (AP) menyuarakan kebimbangan keselamatan siber berkenaan perubahan yang dilakukan itu, termasuk kemungkinan pelanggaran data yang melibatkan data biometrik.

“Tidak seperti kata kunci, kita harus sedar bahawa jika berlaku pelanggaran data, data biometrik seperti cap jari dan imbasan mata tidak boleh ditukar.

“Bagaimana kita dapat meyakinkan warga Singapura, penduduk dan pengunjung... pengumpulan maklumat biometrik mereka adalah pilihan yang lebih selamat berbanding kaedah pengenalan tradisional?” tanya Cik Poh Li San (GRC Sembawang).

Cik Teo menjawab bahawa data-data tersebut akan disertakan secara sulit dan Agensi Sains dan Teknologi Home Team (HTX) akan menjalankan penilaian bebas dan latihan ujian penembusan, melengkapi audit tetap oleh ICA untuk mengenal pasti dan menangani sebarang kelemahan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >