Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pelitup masih digunakan oleh ramai rakyat SG: Tinjauan BH

Aug 30, 2022 | 05:30 AM



LEBIH daripada separuh atau 108 daripada 190 pembaca yang menjawab tinjauan Berita Harian (BH) di Instagram pagi semalam yang menyatakan mereka masih menggunakan pelitup untuk menjaga keselamatan diri dan keluarga mereka.



Hanya 26 daripada mereka menyatakan mereka tidak menggunakan pelitup, 18 yang menyatakan mereka akan mengikuti majoriti sebelum mengambil keputusan untuk memakai atau tidak dan 38 daripada mereka yang menggunakannya hanya di dalam pengangkutan awam.



Penggunaan pelitup hanya diwajibkan di bawah undang-undang di pengangkutan awam seperti MRT dan LRT, bas awam serta kemudahan pengangkutan awam dalam kawasan tertutup di bawah peraturan baru yang bermula semalam.



Meskipun penumpang dan pemandu tidak diwajibkan memakai pelitup dalam kereta sewa privet (PHV) dan teksi mulai semalam, beberapa pemandu yang dihubungi BH semalam turut berkongsi bahawa majoriti daripada penumpang mereka masih menggunakan pelitup ketika menaiki kenderaan mereka.



Pemandu Grab, Cik Sulasteri Muslim, 54 tahun, menyatakan bahawa hanya dua dari lima daripada penumpang beliau pagi semalam yang tidak memakai pelitup dan menyatakan mereka merasa lebih bebas dengan peraturan baru itu.



"Saya tanyakan jika mereka berasa selesa atau tidak apabila menaiki kenderaan saya tanpa pelitup dan mereka kata mereka merasa bebas tanpa pelitup.



"Namun, ada juga penumpang saya yang memakai pelitup tetapi menanyakan jika saya akan berterusan untuk memakai pelitup dan saya menerangkan bahawa saya akan membuka pelitup saya jika saya tidak mempunyai penumpang dan setelah saya membuka tingkap kereta saya sebagai satu langkah pencegahan buat masa sekarang," ujar beliau yang turut menyatakan bahawa secara rata, beliau masih lagi melihat orang ramai yang memakai pelitup seperti biasa walaupun mereka berjalan di kawasan terbuka.



Bagi pemandu teksi Encik Mohd Yusoff Ishak, 58 tahun pula, semua penumpang beliau pagi semalam memakai pelitup ketika mereka menaiki teksi beliau.



"Mereka mengatakan bahawa mereka masih menggunakan pelitup untuk pencegahan tetapi mereka juga katakan peraturan baru ini menyenangkan mereka kerana tidak perlu merasa bimbang jika mereka lupa untuk membawa atau memakai pelitup mereka," ujar beliau.



Beliau menambah bahawa beliau tidak menggunakan pelitup tetapi memastikan ada beberapa pelitup di dalam teksinya dan akan menawarkan kepada penumpang yang memerlukan atau tidak kelihatan sihat.



"Bagi saya, inilah masa yang saya tunggu-tunggukan selama lebih dua tahun tetapi saya juga akan berhati-hati dan akan memakai pelitup jika penumpang saya tidak kelihatan sihat," ujar beliau yang merasa lebih bebas tanpa memakai pelitup.



Bagi Encik Rozaimie Abdul Rahim, 37 tahun, yang menaiki Grab untuk ke tempat kerjanya pagi semalam, beliau juga merasa gembira kerana tidak lagi perlu memakai pelitup.



"Saya berasa agak senang juga pagi ini apabila saya tidak perlu bimbang mengenai penggunaan pelitup dan kita tidak rimas lagi dan boleh bernafas dengan lebih senang tanpa sekatan dari pelitup saya," ujar beliau.



Beliau turut menambah bahawa beliau tidak berasa bimbang Covid-19 akan mula menular semula dengan peraturan baru ini.



"Saya percaya, selepas dua tahun, ia sudah menjadi kelaziman bagi warga Singapura untuk menjaga kebersihan mereka dan mengamalkan penjarakan sosial dan saya berharap warga Singapura lebih peka dengan kesihatan mereka dan akan menggunakan pelitup atau duduk di rumah jika mereka tidak berasa sihat," kata beliau yang pernah dijangkiti Covid-19 Mac lalu.



Bagi Cik Rosita Ahmad, 39 tahun, yang menaiki bas untuk ke kerja pagi semalam, beliau tidak merasakan adanya perbezaan hari ini dengan hari-hari sebelumnya.



"Sudah menjadi kebiasaan bagi saya untuk menggunakan pelitup sebelum keluar dari rumah dan pagi ini pun begitu juga, lagi-lagi kerana saya masih memerlukannya untuk mengambil bas ke kerja.



"Bagi saya, lebih senang untuk memakainya kecuali jika saya makan atau minum kerana agak sukar juga bagi saya untuk membuka dan memakainya setiap kali saya ingin menaiki pengangkutan awam," ujar beliau.



Encik Muhammad Aiman Ali, 18 tahun, seorang pelajar di politeknik pula telah merancangkan bersama teman-temannya untuk tidak menggunakan pelitup apabila mereka berjumpa tengahari semalam.



Namun demikian, beliau kelihatan memakai pelitup ketika berjalan ke perhentian bas yang berdekatan dengan rumahnya.



"Pada mulanya, saya keluar tanpa memakai pelitup tetapi di dalam lif, kelihatan semuanya masih memakai jadi saya pun terus memakai sahaja.



"Lagipun saya rasa agak leceh juga kerana masih perlu memakainya dalam bas dan MRT dan saya bimbang jika saya hilang pelitup saya kerana terjatuh dari kocek saya, saya tidak boleh menaiki bas atau MRT untuk pulang," ujar beliau yang menyatakan beliau akan melihat keadaan dan menggunakan pelitup jika orang ramai masih menggunakannya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >