Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Peluang fahami budaya, tradisi satu sama lain sambil perluas pengetahuan

Jul 30, 2018 | 05:30 AM



MESKIPUN mereka membesar di Singapura dan terdedah kepada budaya dan amalan agama yang berbeza di sini sejak kecil, Encik Fitri Khamis dan Cik Sandy Cheng kini dapat memahaminya dengan lebih mendalam selepas mengalaminya secara langsung.



Selepas menjalin hubungan selama 10 tahun, Encik Fitri dan Cik Cheng, yang kedua-duanya berusia 30 tahun, sah menjadi suami isteri pada 2016.



Mereka bertemu di Politeknik Singapura (SP) semasa mengikuti pengajian dalam kursus yang sama iaitu Media dan Komunikasi.



Walaupun kini pasangan itu lebih memahami budaya dan tradisi satu sama lain, Encik Fitri berkata mereka masih mempelajari daripada pengalaman menerusi pelbagai keadaan baru yang mereka lalui setiap hari.



"Biasanya, kita sudah terbiasa dengan apa yang kita sudah tahu dan susah nak terima maklumat dan idea baru.



"Jadi, saya rasa apa yang penting ialah membuat penyesuaian sambil memahami konteks dan erti di sebaliknya," ujar pengurus pemasaran itu.



Tambahnya, antara nikmat perkahwinan campur ini ialah peluang memperluaskan pengetahuannya tentang lebih banyak perkara, antara lain dengan bantuan pasangannya dan keluarga mentuanya.



Misalnya, ibu mentuanya memperkenalkannya kepada pelbagai lauk sup yang sering didapati dalam hidangan Cina.



Tambahnya, mereka sekeluarga juga sering makan bersama pada hujung minggu dan acara istimewa.



Sementara itu, Cik Cheng pula berkata beliau kini sudah pandai makan menggunakan tangan.



"Saya rasa, makanan saya rasa lebih sedap apabila saya gunakan tangan saya sendiri dengan menggaulkan nasi bersama kuah dan lauk lain!



"Saya juga suka dengan budaya mengenakan pakaian sedondon semasa Hari Raya," ujar pengurus itu.



Meskipun kini bahagia melayari bahtera rumah tangga dengan keduadua belah keluarga saling menerima mereka, pasangan itu mengakui mereka pernah menghadapi tentangan daripada keluarga juga sebelum mendapat restu mereka.



Menurut Cik Cheng, ibu bapanya yang beragama Tao, pada mulanya bimbang beliau tidak boleh makan daging babi dan pegang colok (joss stick) selepas beliau memeluk Islam dan bernikah dengan Encik Fitri.



"Mereka mengambil masa juga tapi akhirnya kami belajar mencapai persetujuan dan memahami amalan satu sama lain.



"Lagipun, Islam pun mengajar kita supaya menghormati orang tua kita dan ibu bapa saya rasa senang mengetahui saya akan terus menghormati mereka," katanya.




"Saya rasa, makanan saya rasa lebih sedap apabila saya gunakan tangan saya sendiri dengan menggaulkan nasi bersama kuah dan lauk lain!

Saya juga suka dengan budaya mengenakan pakaian sedondon semasa Hari Raya."

- Cik Sandy Cheng, yang kini lebih selesa mengikut resam makan orang Melayu dan meraikan Hari Raya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >