Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Peluasan Marina Bay Sands bernilai $4.4b tertangguh lagi

Feb 14, 2023 | 05:30 AM



PELUASAN Marina Bay Sands (MBS) Singapura yang dirancang dijangka akan ditangguh sekali lagi, tanpa pengesahan mengenai bila pembinaan akan mula, kata pemilik dan pengendali AS resort bersepadu itu dalam laporan tahunan terkininya.



Las Vegas Sands (LVS) kali terakhir dilaporkan oleh akhbar The Straits Times (ST) pada Februari 2022, di mana ia menyatakan bahawa peluasan MBS bernilai AS$3.3 bilion ($4.4 bilion) mengikuti jadual untuk siap menjelang 2026.



Tarikh siap sebelumnya ialah 2025.



Sebab utama yang ditukil bagi penangguhan pada masa itu adalah gangguan kepada industri pembinaan akibat pandemik.



LVS diwajipkan untuk memulakan kerja bagi peluasan itu menjelang April 2023 di bawah Perjanjian Pembangunan Kedua bersama pemerintah Singapura.



Namun, kumpulan itu berkata dalam laporannya yang dikeluarkan pada 3 Februari bahawa ia tidak menjangka akan dapat memulakan pembinaan mengikut garis masa yang diberikan, lapor ST.



Dalam laporan itu, kumpulan tersebut berkata ia sedang berbincang dengan pemerintah Singapura mengenai lanjutan tarikh akhir bagi "permulaan dan penyiapan" peluasan MBS.



LVS juga berkata ia dalam proses menyemak bajet dan jadual peluasan MBS berdasarkan kesan pandemik Covid-19 serta faktor lain, dan kos projek secara keseluruhan akan dimuktamadkan apabila ia memulakan pembinaan.



Kumpulan itu akan melanggar perjanjian sekiranya ia tidak mendapatkan lanjutan, lapor ST.



Perjanjian itu, yang disertai MBS bersama Lembaga Pelancongan Singapura (STB) pada April 2019, mengandungi peruntukan berkaitan pembinaan peluasan MBS. Ia juga merangkumi faedah dan kelayakan tertentu bagi MBS sebaik sahaja ia mencapai detik tertentu.



Beberapa contoh faedah dan kelayakan itu termasuk MBS dibenarkan untuk mempunyai 1,000 mesin 'gaming' tambahan di samping 2,500 yang sedia ada dan pilihan untuk membeli meter persegi tambahan bagi ruang 'gaming' kasino pada harga yang akan ditentukan oleh penguasa pemerintah Singapura yang relevan setelah permintaan tertulis dibuat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >