Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemakaian tudung bagi pekerja sektor kesihatan: MOH akan terus beri sokongan

Nov 02, 2021 | 05:30 AM



KEMENTERIAN Kesihatan (MOH) akan terus menyokong pekerja penjagaan kesihatan dan masyarakat lebih luas untuk menyesuaikan diri kepada perubahan dasar yang membolehkan pekerja Muslimah sektor itu memakai tudung bersama seragam mereka jika mereka mahu.



Ini dinyatakan Menteri Kedua Kesihatan, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, setelah mengadakan lawatan ke Hospital Besar Singapura (SGH) untuk menemui kakitangan pada hari pertama perubahan itu dilaksana semalam.



"Pagi tadi (semalam), saya mengunjungi Hospital Besar Singapura untuk menemui beberapa kakitangan penjagaan kesihatan kami untuk bertanya khabar mereka, memahami pandangan mereka dalam membuat penyesuaian, dan mendapat tahu bagaimana MOH boleh terus menyokong kakitangan penjagaan kesihatan dan masyarakat lebih luas untuk menyesuaikan kepada perubahan itu.



"Mereka yang saya temui berkata mereka dan rakan sekerja serta pesakit mereka daripada semua kaum berpendapat bahawa langkah memberi pilihan kepada kakitangan penjagaan kesihatan Muslimah untuk memakai tudung dengan seragam mereka ialah satu langkah positif," ujar Encik Masagos dalam satu pos di Facebook semalam.



Tambah Encik Masagos, beberapa pekerja yang ditemuinya itu juga telah menghadiri sesi pendekatan mengenai garis panduan seragam baru dan fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) sebelum ini.



"Mereka berbesar hati diberi peluang untuk memberi maklum balas dan memahami keprihatinan keselamatan operasi serta prinsip dan nilai di balik Fatwa itu agar mereka boleh membuat pilihan berdasarkan pemahaman serta penyesuaian yang diperlukan," kata Encik Masagos, yang juga Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam.



Pekerja penjagaan kesihatan di SGH semalam dilihat memakai tudung dalam pelbagai bentuk seragam untuk menyesuaikan diri kepada sekitaran atau peraturan kerja mereka.



Contohnya, pekerja yang berinteraksi dengan pesakit perlu mendedahkan lengan bagi mematuhi peraturan "tiada pakaian di bawah siku" (BBE) untuk mengurangkan risiko jangkitan.



Fatwa yang dikeluarkan Muis telah menjelaskan bahawa garis panduan yang memerlukan jururawat bertudung membuka lengan mereka ketika bertugas itu adalah dibenarkan dalam syariah.



Semalam, ada jururawat di SGH yang tidak berinteraksi dengan pesakit dilihat memakai jaket untuk menutup lengan mereka.



Dalam lawatannya semalam, Encik Masagos diiringi Setiausaha Parlimen (Kesihatan merangkap Perhubungan dan Penerangan), Cik Rahayu Mahzam, yang turut menemui beberapa pekerja penjagaan kesihatan.



"Mereka berkongsi bahawa mereka gembira dengan pelaksanaan baru ini sedang mereka boleh memenuhi tuntutan agama dan pada masa yang sama menjalankan tanggungjawab mereka sebagai karyawan penjagaan kesihatan.



"Saya tersentuh dengan dedikasi mereka kepada tugas mereka dan berharap perubahan ini akan membantu mereka melakukan tugas mereka dengan rasa tenang," kata Cik Rahayu.



Antara kakitangan SGH yang ditemui Cik Rahayu semalam ialah Cik Hajar Ninhadi, yang berkata pesakit merupakan keutamaan mereka.



"Kami akan terus menyediakan tahap penjagaan sama dan saya percaya pesakit akan melihat keghairahan dan dedikasi kami menjangkau seragam kami.



"Kakitangan juga sedar tentang kepentingan mendukung piawaian profesional dan keperluan melakukan tanggungjawab kami," kata Cik Hajar, seorang jururawat klinik yang memakai tudung buat kali pertama bersama seragamnya semalam.



Presiden Persatuan Karyawan Penjagaan Kesihatan Islam (MHPA), Dr Norhisham Main, berkata banyak usaha yang telah dilakukan untuk melaksanakan perubahan itu sejak Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, mengumumkannya pada Rapat Hari Kebangsaan Ogos lalu.



Persatuan itu juga berkata pemakaian tudung dalam beberapa aspek belum lagi boleh dilaksana, khususnya dalam situasi yang memberi risiko tinggi kepada kakitangan.



"Kami masih di tengah pandemik justeru beberapa pertimbangan kepada keselamatan kakitangan apabila menggunakan pelitup N95 dengan tudung masih sedang dikaji.



"Banyak usaha telah dilakukan dalam pelaksanaan (perubahan ini) untuk menjadikannya praktikal dan mengekalkan imej profesional rakan kerja jururawat kami. Kami telah mengambil langkah pertama dalam hal ini dan akan memperhalusinya pada masa akan datang," ujar MHPA dalam kenyataannya.



Penolong Pengarah Kejururawatan (jururawat amalan lanjutan) SGH, Dr Juriyah Yatim, berkata buat masa ini kakitangan penjagaan kesihatan dalam situasi risiko tinggi seperti bilik pembedahan, di mana tahap pembersihan lebih tinggi diperlukan, penutup kepala pakai buang akan terus digunakan.



"Penggunaan tudung pakai buang dalam situasi ini kini disemak, dan maklumat lanjut akan diberikan kepada kakitangan nanti.



"Jawatankuasa Kerja Implementasi SingHealth akan terus mendekati dan meraih maklum balas daripada rakan kerja Muslim kami," kata Dr Juriyah, yang juga anggota jawatankuasa itu.



Dalam pada itu, Naib Presiden MHPA, Dr Nurhidayati Mohamed Suphan, berkata pekerja penjagaan kesihatan Muslim di kliniknya, Pusat Pakar Pacific Healthcare, di bawah sektor privet juga dibolehkan mengenakan tudung mulai semalam.




PRESIDEN HALIMAH MENGENAI PEMAKAIAN TUDUNG BAGI PEKERJA PENJAGAAN KESIHATAN



"Saya berharap pelaksanaan perubahan dasar tudung bagi jururawat dalam sektor penjagaan kesihatan awam yang berkuat kuasa hari ini (semalam) dapat mengurangkan dilema wanita Islam yang ingin bekerja dalam bidang jururawat dan menggalakkan lebih ramai lagi menceburi sektor penjagaan kesihatan.



Jururawat memaparkan tahap belas kasihan dan dedikasi tertinggi, dan saya berharap kami akan terus menyokong mereka yang bercita-cita untuk menyertai kerjaya mulia ini."
- Presiden Halimah Yacob.



JURURAWAT LUAH KEYAKINAN BERIKAN PENJAGAAN TERBAIK



“Mereka (pekerja penjagaan kesihatan) meluahkan keyakinan mereka akan terus mendukung standard jagaan pesakit dan peraturan kawalan jangkitan dengan memberi jagaan yang tidak berat sebelah, serta memelihara keselamatan dan kesihatan di tempat kerja. Marilah kita terus menyokong pekerja penjagaan kesihatan kita, khususnya semasa tempoh mencabar ini.”
– Menteri Kedua Kesihatan, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, yang menemui pekerja penjagaan kesihatan di Hospital Besar Singapura (SGH) semalam – hari pertama pekerja Muslimah sektor itu dibenarkan memakai tudung bersama seragam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >