Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemanah paralimpik Singapura johan no.1 dunia

Oct 07, 2019 | 02:06 PM



EMPAT bulan lalu, pemanah paralimpik Singapura Nur Syahidah Alim meraih kedudukan sebagai johan di sidang kemuncak kejohanan dunia.



Kini, Cik Syahidah, 34 tahun, menduduki tangga teratas dunia untuk kategori individu terbuka kategori wanita pula, dengan 195.2 mata, iaitu 1.4 mata mendahului pemanah di tempat kedua yang diduduki pemanah Britain, Jessica Stretton, yang telah ditewaskannya pada Kejohanan Memanah Dunia pada Jun lalu.



“Saya berbangga kerana telah meletakkan Singapura di puncak sukan memanah," kata Cik Syahidah.



“(Kemenangan ini) sangat bermakna bukan sahaja bagi saya tetapi juga untuk pasukan yang menggalak saya, kerana kerja keras, dedikasi, dan usaha kami semuanya berbaloi. 



“Saya akan terus bekerja keras untuk mewakili dan membawa Singapura ke tahap yang lebih tinggi dalam sukan (memanah)."



Tugasan seterusnya untuk Cik Syahidah ialah di Kejohanan Para Memanah Asia di Bangkok dari 19 hingga 26 Oktober, manakala persaingan memanah utama yang seterusnya adalah Sukan Para Asean di Filipina dari 18 hingga 25 Januari.



Namun, matlamat utamanya ialah untuk mewakili negara dalam Sukan Paralimpik pada tahun depan di Tokyo, di mana beliau menyasarkan penampilan yang lebih baik daripada kemenangan suku akhirnya di Rio 2016.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >