Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: SOROTAN ISU

Pemandu akui lalui tempoh sukar harga minyak naik

Mar 05, 2022 | 07:18 AM



PEMANDU limousin Encik Muhammad Taufiq Abdul Halim kini perlu membelanjakan sekitar $1,400 setiap bulan untuk mengisi minyak keretanya - sekitar $300 lebih tinggi berbanding beberapa bulan sebelum ini.



Encik Muhammad Taufiq, 35 tahun, yang perlu mengisi penuh tangki keretanya setiap dua hari, akur lebih terkesan dengan kenaikan harga pam minyak kali ini. Ia lebih dirasai oleh golongan pemandu yang memerlukan kenderaan mereka sebagai sumber pendapatan.



Syarikat-syarikat minyak di sini terus menaikkan harga di pam masing-masing selaras dengan kenaikan harga minyak antarabangsa. Harga minyak petrol kini empat hingga 27 sen lebih mahal berbanding seminggu lalu.



Ia juga dijangka terus meningkat pada minggu-minggu akan datang, antaranya ekoran tempias daripada krisis antara Ukraine dengan Russia.



Dalam ucapannya di Parlimen baru-baru ini, Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Gan Kim Yong berkata pengguna jalan raya perlu menjangkakan harga pam minyak petrol dan diesel akan meningkat, dengan pelbagai negara kini mengenakan sekatan ke atas Russia dan adanya gangguan bekalan.



Pemandu kereta sewa privet dan teksi seperti Encik Muhammad Taufiq merupakan antara golongan yang teruk terjejas akibat kenaikan ini, terutama sekali dengan pendapatan yang masih belum pulih sepenuhnya akibat pandemik Covid-19.



Melihat kepada keadaan semasa, mereka tidak menjangkakan kos minyak akan kembali stabil atau lebih rendah dalam masa terdekat, menurut beberapa pemandu yang dihubungi Berita Harian.



Dalam tempoh lebih enam tahun sebagai pemandu kereta sewa privet, Encik Muhammad Taufiq berkata ini kali pertama beliau menyaksikan perbezaan kos yang begitu tinggi.



"Memang kita tak ada pilihan, walaupun duit tambahan itu boleh digunakan untuk perkara lain, tapi kita perlu utamakan keperluan kereta dan memandu, kerana tanpa kereta kita tak ada pendapatan," kata pemandu Grab dan GoJek itu.



Meskipun memandu teksi hibrid petrol-elektrik yang lebih jimat petrol, Encik Ali Ipek, 53 tahun, tetap melihat perbelanjaannya meningkat setiap kali mengisi minyak.



"Beberapa bulan lalu saya akan membayar $50 setiap kali mengisi minyak. Tapi sekarang $70 dan jumlahnya sama aja begitu. Ini bermakna kira-kira $300 lebih tinggi setiap bulan.



"Jadi untuk memastikan saya dapat tampung perbelanjaan yang lebih tinggi ini saya akan memandu lebih lama untuk cari penumpang," katanya yang berkhidmat sebagai pemandu teksi sejak tiga tahun lalu.



Salah seorang anggota kesatuan Persatuan Kenderaan Sewa Privet Nasional (NPHVA), Encik Mohamad Azan Salleh berkata ini merupakan tempoh sukar bagi ramai pemandu.



"Memang tak boleh bayangkan kalau kos operasi semakin meningkat dan pendapatan kita kekal rendah seperti sekarang.



"Kenaikan harga minyak petrol ini merupakan cabaran besar bagi ramai yang mencari pendapatan dari memandu, dan ramai kian rasa tertekan," katanya yang juga seorang pemandu limousin.



Menurutnya, kos isi minyak bagi kereta Toyota Alphard yang dipandu meningkat sekurang-kurangnya $500 hingga $800 sebulan berbanding setahun lalu.



Encik Mohamad Azan berkata jawatankuasa NPHVA telah berunding dan akan mengusulkan perbincangan dengan pengendali platform pemandu seperti Grab dan GoJek, untuk berusaha membantu pemandu.



Penasihat Persatuan Teksi Kebangsaan (NTA), Cik Yeo Wan Ling, berkata kenaikan harga minyak, inflasi dan kurangnya pelanggan menjejas kos operasi pemandu teksi, justeru kenaikan pada tambang teksi memang sesuai dilakukan sekarang.



Kali terakhir tambang teksi dinaikkan adalah sekitar sedekad lalu.



"NTA telah mengemukakan keprihatinan pemandu kami kepada pengendali syarikat teksi sebelum kenaikan harga minyak ini dan kami harap langkah ini dapat sekurang-kurangnya mengurangkan beban kewangan yang dialami pemandu teksi," katanya dalam respons kepada Berita Harian.



Cik Yeo menambah NTA akan terus mengambil langkah untuk memastikan keprihatinan pemandu dan juga penumpang ditangani.



Pemandu teksi dengan lebih 30 tahun pengalaman, Encik Rahim Othman, 68 tahun, berkata:



"Memang pada saya harga minyak meningkat tinggi sangat kali ini, dan begitu cepat. Semalaman saja dah naik beberapa sen.



"Saya rasa ia akan terus naik, dan ini akan jejas pendapatan kita meskipun dengan tambang teksi yang naik sedikit," ujarnya. - LAPORAN TAMBAHAN RUBIAH MOHD




"Beberapa bulan lalu saya perlu membayar $50 setiap kali mengisi minyak. Tapi sekarang $70 dan jumlahnya sama aja begitu. Ini bermakna kira-kira $300 lebih tinggi setiap bulan.

Jadi untuk memastikan saya dapat tampung perbelanjaan yang lebih tinggi ini saya akan memandu lebih lama untuk cari penumpang."

- Encik Ali Ipek, pemandu teksi hibrid petrol-elektrik yang lebih jimat petrol.




"Memang kita tak ada pilihan, walaupun duit tambahan itu boleh digunakan untuk perkara lain, tapi kita perlu utamakan keperluan kereta dan memandu, kerana tanpa kereta kita tak ada pendapatan."
- Encik Muhammad Taufiq Abdul Halim, pemandu Grab dan GoJek.




"Memang pada saya harga minyak meningkat tinggi sangat kali ini, dan begitu cepat. Semalaman saja dah naik beberapa sen.

Saya rasa ia akan terus naik, dan ini akan jejas pendapatan kita meskipun dengan tambang teksi yang naik sedikit."

- Encik Rahim Othman, pemandu teksi lebih 30 tahun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >