Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22

Pemandu disyaki mabuk rempuh kereta polis, dua pegawai cedera

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Pemandu disyaki mabuk rempuh kereta polis, dua pegawai cedera

Jan 28, 2016 | 01:42 PM

Dua pegawai polis cedera dalam satu kemalangan melibatkan sebuah kereta dan sebuah kereta polis di Ang Mo Kio pada awal pagi Rabu (27 Jan).

Foto yang dihantar seorang saksi, Encik David Cai, ke laman web kewartawanan warganegara Stomp menunjukkan bahagian depan sebuah kereta hitam menghadap bahagian kiri kereta polis.

Bahagian belakang kereta polis itu juga kelihatan remuk.

Sebuah motosikal polis juga dilihat terjatuh berhampiran.

Jurucakap polis mengesahkan kemalangan itu berlaku di Ang Mo Kio Avenue 5, arah ke Buangkok Green, pada kira-kira 2.47 pagi.

Kedua-dua pegawai polis dihantar ke Hospital Khoo Teck Puat dalam keadaan sedar, manakala pemandu kereta berusia 60 tahun itu ditangkap kerana disyaki memandu dalam keadaan mabuk.

Siasatan masih dijalankan.

Bulan lalu, sebuah kereta yang dipandu laju merempuh belakang sebuah kereta Polis Trafik (TP) dan motosikal penguatkuasaan yang digunakan oleh polis bantuan.

Pemandu lelaki kereta itu dan dua pegawai lelaki TP mengalami cedera ringan.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3