Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemandu lori M'sia didakwa bantu pasangan lari dari S'pura

Jul 23, 2022 | 05:30 AM



SEORANG pemandu lori telah didakwa membantu seorang lelaki melarikan diri dari Singapura, selepas dia dikatakan gagal memberi barang mewah kepada pelanggan yang telah membayarnya.



Semalam, Mohamed Alias, 40 tahun, didakwa membantu lelaki warga Singapura itu meninggalkan negara ini dengan membenarkannya bersembunyi di dalam kontena lori berdaftar Malaysia dengan nombor plat JUH 7245.



Jumaat lalu, pemandu warga Malaysia itu juga didakwa membantu isteri lelaki tersebut, seorang warga Thailand, melarikan diri dari Singapura menggunakan kaedah sama.



Alias dikatakan memandu lori yang menyembunyikan pasangan itu pada 4 Julai 2022 pada sekitar 7.25 malam di bahagian kargo berlepas Pusat Pemeriksaan Tuas.



Jika didapati bersalah, dia boleh dipenjara antara enam bulan dengan dua tahun, dan didenda hingga $6,000.



Pasangan yang masih dalam pelarian itu ialah Pi Jiapeng, warga Singapura berusia 26 tahun, dan Pansuk Siriwipa, warga Thailand berusia 27 tahun.



Mereka didakwa menipu mangsa yang telah membuat bayaran pendahuluan bagi jam tangan dan beg mewah.



Waran tangkap serta notis merah Interpol telah dikeluarkan terhadap mereka setelah sekurang-kurangnya 180 laporan polis melibatkan dua syarikat, Tradenation dan Tradeluxury, dibuat sejak Jun 2022.



Polis sebelum ini mengatakan Pi ditangkap pada 27 Jun lalu kerana disyaki terlibat dalam kesalahan penipuan itu.



Pasportnya telah dirampas dan dia dibebaskan dengan ikat jamin pada 28 Jun sedang siasatan dijalankan.



Pansuk pula membantu polis dengan siasatan mereka dan telah memberikan pasportnya kepada pegawai pada 30 Jun lalu.



Mereka berdua kemudian tidak dapat dihubungi selepas itu.



Polis telah merayu orang ramai supaya berkongsi maklumat mengenai pasangan itu.



Menurut Interpol, Pi dilahirkan di Fujian, China, manakala Pansuk berasal dari Roi Et, sebuah wilayah di tengah timur laut Thailand.



Interpol menambah bahawa Pansuk setinggi ketinggian 1.64 meter.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >