Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemandu Maserati yang langgar pegawai polis dikena 6 tuduhan tambahan

Dec 01, 2017 | 02:23 PM



PEMANDU Maserati Lee Cheng Yan, 33 tahun, yang sebelum ini didakwa melanggar seorang pegawai polis dengan keretanya, dikenakan enam tuduhan tambahan di mahkamah semalam.



Tiga daripadanya merupakan kesalahan di bawah akta Perlindungan dari Gangguan.



Tiga tuduhan lain adalah bagi penipuan, memandu tanpa insurans tuduhan kedua memandu walau di bawah larangan memandu.



Timbalan Pendakwa Raya Quek Jing Feng berkata bahawa ini bukan set terakhir tuduhan dan siasatan masih dijalankan.



DPP Quek sebelum ini memberitahu mahkamah bahawa Lee sedang disiasat atas kesalahan termasuk perjudian dalam talian dan peminjaman wang tak berlesen.



Dalam satu kenyataan, polis berkata bahawa Staf Sarjan Khairulanwar, 26 tahun, telah menyuruh kenderaan Lee untuk berhenti pada 17 November bagi pemeriksaan.



Semasa beliau menghampiri kereta, Lee didakwa memandu ke hadapan dan melanggarnya.



Pegawai itu dikatakan berpaut kepada pintu pemandu dan diseret sekitar 100 meter sebelum jatuh ke jalan raya.



Beliau mengalami kecederaan serius, menurut dokumen mahkamah, dan dibawa ke Hospital Besar Changi. - The Straits Times




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >