Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemandu maut, 7 cedera dalam kemalangan di Yishun

Jan 15, 2023 | 05:30 AM



SEORANG pemandu kereta GetGo maut selepas kenderaan itu bertembung dengan bas SBS Transit di Yishun kelmarin.



Lelaki berusia 31 tahun itu meninggal dunia di hospital, kata polis.



Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dimaklumkan mengenai kemalangan di persimpangan Yishun Avenue 2 dan Yishun Central sekitar 10.55 malam.



Video kemalangan itu yang tular di media sosial semalam menunjukkan pemandu kereta itu melepasi isyarat lampu merah dengan kenderaannya merempuh sebelah kanan bas berkenaan ekoran kelajuan tinggi.



SCDF berkata seorang lelaki ditemui terperangkap di tempat duduk pemandu kereta itu dan terpaksa diselamatkan oleh pegawai SCDF dengan menggunakan peralatan penyelamat hidraulik. Pemandu itu tidak sedarkan diri ketika dibawa ke hospital. Beliau kemudian disahkan meninggal dunia.



Tujuh orang telah dibawa ke Hospital Khoo Teck Puat, tambah SCDF.



Enam penumpang bas, berusia antara 22 dengan 40 tahun, dalam keadaan sedar ketika dibawa ke hospital, kata polis.



Sebagai menjawab pertanyaan akhbar The Straits Times, firma perkongsian kereta GetGo berkata: "Kami menyedari kejadian itu dan sedang membantu polis dalam siasatan."



Siasatan polis sedang dijalankan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >