Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemandu teksi langgar pejalan kaki di simpang Alexandra Road, seorang warga emas maut

Mar 23, 2019 | 04:35 PM



SEORANG pemandu teksi SMRT yang pitam semasa memandu melanggar beberapa pejalan kaki di Queenstown semalam (22 Mac) sehingga menyebabkan seorang wanita berusia 66 tahun maut.



Dua lagi orang – termasuk pemandu berusia 72 tahun itu – cedera akibat nahas di simpang antara Jalan Bukit Merah dengan Alexandra Road itu, kata polis hari ini.





Menurut polis yang dimaklumkan tentang kejadian itu sekitar 7 malam, pemandu tersebut dan dua wanita yang berusia 32 dan 66 tahun dibawa ke Hospital Universiti Nasional (NUH).



Wanita warga emas itut kemudian meninggal dunia akibat kecederaannya di hospital.



Siasatan awal menunjukkan bahawa pemandu teksi itu pitam sebelum kemalangan itu.



Beliau kini sedang membantu dengan siasatan polis.



Naib presiden perhubungan korporat SMRT, Cik Margaret Teo, berkata syarikat itu sedih atas pemergian salah seorang pejalan kaki itu.



“Keutamaan kami adalah untuk menghubungi semua keluarga yang terjejas untuk memberi bantuan dan sokongan.



“Sementara itu, kami bekerjasama sepenuhnya dengan polis dalam siasatan mereka terhadap kemalangan ini,” ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >