Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemandu teksi mengaku bersalah langgar pejalan yang masih koma setahun kemudian

Dec 12, 2019 | 05:22 PM



SEORANG pemandu teksi yang memandu dengan cuai pada Julai tahun lalu sehingga melanggar seorang pejalan kaki, yang masih dalam keadaan koma, telah mengaku bersalah hari ini (Khamis, 12 Dis).



Kan Chee Chew, 56 tahun, mengaku bersalah menyebabkan kecederaan teruk pada Cik Pakrisamy Kamala, 61 tahun, kerana memandu dengan cuai.



Dia dijatuhkan hukuman penjara dua minggu dan digantung dari memandu sebarang jenis kenderaan selama lima tahun.



The Straits Times melaporkan bahawa Kan, yang sudah membawa teksi selama 15 tahun, memandu di sekitar Syed Alwi Road menghala Jalan Besar pada 3 Julai 2018 pada sekitar 7 malam.



Mahkamah diberitahu bahawa Kan tidak berhenti di garisan berhenti, tetapi hanya mengurangkan kelajuannya dan membelok kanan menuju Jalan Besar.



Dia juga gagal berhati-hati sehingga melanggar Cik Pakrisamy yang sedang menyeberang jalan ketika itu.



Akibat pelanggaran tersebut, wanita itu tercampak sejauh dua meter lalu Kan turun dari teksinya untuk membantu beliau.



Beliau kemudian dibawa ke Hospital Tan Tock Seng dan didapati mengalami kecederaan otak serta tempurungnya retak.



Kan boleh dipenjara sehingga dua tahun dan didenda $5,000 akibat memandu dengan cuai. 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >