Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemandu teksi Mercedes diberkas selepas disyaki pandu ketika mabuk

Oct 16, 2022 | 05:30 AM



SEORANG lelaki berusia 49 tahun telah diberkas kerana disyaki memandu dalam keadaan mabuk hingga mengakibatkan teksi Mercedes yang dipandunya merempuh tiang bangunan rumah kedai di Zion Road, pada 1.40 pagi semalam.



Pemandu tersebut mengalami luka ringan dan tidak dibawa ke hospital.



Orang ramai yang menyaksikan kejadian itu berkata, ada penghuni yang di tingkat atas bangunan itu dan mereka terkejut dengan rempuhan yang berlaku dan melihat beg udara dalam kereta itu terpantul, lapor akhbar berbahasa Cina, Shin Min Daily News.



Penghuni rumah kedai melahirkan rasa syukur apabila mengetahui aras dua dan tiga rumah kedai yang didiami itu tidak terjejas.



Kedai-kedai tidak terjejas oleh kemalangan tersebut.



Operasi kedai berjalan seperti biasa, sementara kerja-kerja ubah elok bagi memberi sokongan kepada struktur bangunan dijalankan.



Untuk enam bulan pertama tahun ini, jumlah mereka yang diberkas kerana memandu setelah meminum minuman keras meningkat kepada 973 orang, berbanding 741 yang diberkas bagi tempoh sama pada tahun lalu.



Namun begitu, kemalangan melibatkan pemandu mabuk merosot 9 peratus dari 78 kepada 71 pada tempoh sama.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >