Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemansuhan S377A: Dasar pendidikan akan kekal berteraskan nilai kekeluargaan yang lazim, norma sosial

Aug 22, 2022 | 05:10 PM



SEKOLAH dan institusi pengajian tinggi mesti kekal menjadi tempat yang selamat bagi para pelajar untuk mengejar ilmu.



Ia tidak sepatutnya dijadikan tempat advokasi atau persaingan mengenai isu-isu yang memecahbelahkan masyarakat. 



Kementerian Pendidikan (MOE) menekankan sedemikian dalam satu kenyataan mereka semalam.



MOE juga menambah bahawa dasar-dasar pendidikan dan kurikulum akan kekal berlandaskan nilai-nilai keluarga dan norma-norma sosial Singapura yang lazim dan sesuatu yang majoriti rakyat Singapura ingin tegakkan. 



Ini termasuk keluarga sebagai asas fabrik sosial Singapura, dan perkahwinan antara seorang lelaki dengan seorang wanita. 



Kenyataan itu menyusuli pengumuman yang dibuat oleh  Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, dalam Ucapan Rapat Hari Kebangsaan kelmarin mengenai Seksyen 377A yang akan dimansuhkan oleh pihak pemerintah.



Seksyen 377A yang menjenayahkan seks antara dua lelaki, akan dimansuhkan dan akan melindungi takrif perkahwinan daripada dicabar dari segi perlembagaan di mahkamah dan akan meminda Perlembagaan untuk melindungi takrif  itu dengan definisi perkahwinan sebagai antara seorang lelaki dan seorang wanita. 



MOE juga menambah bahawa norma keluarga dan sosial Singapura mesti terus ditentukan oleh rakyat Singapura dan institusi asing dan warga asing harus menghormati norma ini, dan tidak menggunakan institusi pendidikan di sini sebagai wadah bagi agenda mereka sendiri. 



"Pendidikan keseksualan yang diajar di institusi pendidikan kita akan kekal sekular, berdasarkan nilai-nilai tradisional, dan sensitif terhadap warga berbilang kaum dan agama di dalam masyarakat kita. 



"Semua para pelajar akan belajar dan mengamalkan nilai-nilai seperti saling memahami, menghormati, dan mempunyai empati untuk semua orang," kata MOE. 



Ia juga sebagai amaran bahawa membuli dan meminggirkan seseorang tidak harus berakar umbi dalam institusi pendidikan dan masyarakat. 



"Institusi pendidikan kita akan terus bekerjasama dengan ibu bapa untuk membimbing anak-anak kita, dan memberi kaunseling dan sokongan sosio-emosi kepada semua pelajar mengikut keperluan mereka," kata MOE.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >