Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemasang televisyen positif Covid-19 tiada kontak langsung dengan kakitangan Best Denki

Jun 29, 2021 | 06:59 PM



SEORANG pemasang televisyen berusia 37 tahun yang dijangkiti Covid-19 tidak mempunyai kontak langsung dengan kakitangan Best Denki, jelas syarikat jualan runcit elektronik itu pada Selasa (29 Jun).



Dalam satu lampiran pos Facebook, Best Denki berkata kes Covid-19 berkenaan adalah pekerja Funbiz Marketing, kontraktor pihak ketiga yang menyediakan khidmat pemasangan televisyen.



Beliau adalah antara empat kes Covid-19 dalam masyarakat yang dilaporkan pada Isnin. Beliau demam dan mengalami sengal badan pada 17 Jun tetapi tidak mendapatkan rawatan doktor.



Best Denki  sedang mengesahkan beberapa perkara dengan Funbiz dan akan memberitahu pelanggan yang terjejas, tambah Best Denki di pos Facebook itu lagi.



Pada 25 Jun, lelaki tersebut telah dikuarantin sebagai anggota keluarga dan kontak isi rumah kes sebelum ini. Ujian Covid-19 yang dijalani disahkan positif keesokan harinya.



Sedang pekerja Funbiz itu tidak mempunyai kontak langsung dengan kakitangan Best Denki, ujian swab Covid-19 akan tetap diwajibkan bagi semua pekerja pentadbiran logistik sebagai langkah berjaga-jaga.



Pos Facebook itu berkata, antara inisiatif Best Denki memandang ke depan termasuk menggalak semua kakitangan barisan depan dan pekerja dari penyedia khidmat pihak ketiga agar menjalani vaksinasi.



Semua anggota pasukan pengiriman Best Denki akan mempunyai penghadang muka tambahan bagi kegunaan pengiriman sebagai langkah berjaga-jaga, katanya.



Buat masa ini, pasukan logistik syarikat ini diperlukan menggunakan pelitup setiap masa di samping membersihkan tangan dengan sanitiser sebelum dan selepas kerja pengiriman.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >