Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DARI MAHKAMAH

Pembantu rumah dipenjara kasari warga emas hidap demensia

Jan 06, 2023 | 05:30 AM



GARA-GARA tidak mendengar kata mahu juga keluar pada waktu malam, seorang pembantu rumah mencengkam muka seorang wanita tua yang dijaganya hingga lebam.



Padahnya, Yati, yang menggunakan satu nama, dijatuhi hukuman penjara 14 minggu semalam selepas mengaku bersalah atas satu pertuduhan secara sukarela menyebabkan kecederaan kepada orang yang mudah terdedah pada bahaya.



Timbalan Pendakwa Raya Santhra Aiyyasamy berkata Yati, 38 tahun, menjaga Leong Bee Hap, 81 tahun, yang menghidap penyakit Alzheimer dengan gejala demensia, sejak 25 Disember 2021.



Pada Oktober 2022, apabila Cik Leong berkeras mahu keluar dari rumah pada waktu malam, Yati memberitahu ia terlalu gelap untuk berbuat demikian dan membawanya keluar dari bilik tidur utama untuk menunjukkan kepadanya betapa lewat waktu itu.



Tetapi, wanita tua itu berkeras.



Yati membawa Cik Leong kembali ke bilik tidur, tetapi tidak dapat mengawal emosinya - dikatakannya disebabkan sakit kepala - dia menggunakan tangannya untuk memegang pipi Cik Leong bagi menenangkannya. Dia juga menekan dagu wanita tua itu.



DPP Santhra berkata: "Dia menyatakan bahawa dia mungkin menggunakan jarinya untuk 'menekan terlalu kuat' pada dagu mangsa."



Yati kemudian mengusap muka Cik Leong beberapa kali, tetapi dia hilang kawalan emosinya sekali lagi dan menggunakan tangan kanannya untuk "menepuk" muka mangsa beberapa kali.



Bagi setiap pertuduhan menyebabkan kecederaan secara sukarela, pesalah boleh dipenjara selama tiga tahun, denda $5,000, atau kedua-duanya sekali.



Hukuman maksimum boleh digandakan untuk jenayah terhadap mangsa yang mudah terdedah pada bahaya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >