Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pembantu rumah pinjam $300 hingga $500 setiap kali

Oct 28, 2018 | 05:30 AM



LEBIH 100 pembantu rumah meminjam duit daripada sesebuah pemiutang berlesen setiap minggu dengan setiap pinjaman bernilai antara $300 dengan $500, kata sebuah syarikat pemiutang berlesen di sini.



Menurut Pegawai Pinjaman, Cik Jacqueline Leow dari Swift Credit Pte Ltd, pembantu rumah yang meminjam kebanyakannya berasal dari Indonesia dan Filipina.



"Kebanyakan pembantu rumah apabila ditanya mengapa mereka ingin meminjam, mereka menjelaskan bahawa mereka memerlukan duit untuk dihantar pulang bagi membantu keluarga di negara masing-masing," ujarnya apabila dihubungi Berita Minggu baru-baru ini.



Untuk memproses setiap pinjaman, pihaknya memerlukan permit kerja pembantu, memeriksa gaji bulanan mereka dan jika ada, memeriksa juga kontrak kerja mereka.



Menurut Cik Leow setiap pinjaman yang dibuat akan dikenakan kadar faedah sekitar 3 peratus.



Jumlah tinggi pembantu rumah yang meminjam duit daripada pemiutang berlesen seperti yang dikongsi Cik Leow itu sejajar dengan perangkaan yang dikeluarkan Kementerian Undang-Undang (MinLaw) dan Kementerian Tenaga Manusia (MOM) baru-baru ini.



Menurut akhbar The Straits Times, kededua kementerian itu menyatakan bahawa jumlah pendatang asing yang meminjam daripada pemiutang berlesen melonjak dari 7,500 pada 2016 kepada 35,000 dalam separuh pertama tahun ini.



Pihak polis juga telah memerhatikan bahawa kian ramai pendatang asing yang meminjam daripada pemiutang haram.



Pada awal Oktober lalu, MinLaw dan MOM mengumumkan had pinjaman baru akan diperkenalkan bagi melindungi pendatang asing yang bekerja atau tinggal di sini serta majikan mereka daripada kesan akibat pinjaman berlebihan.



Had terbaru yang ditetapkan MinLaw itu akan dikenakan terhadap pemegang pas kerja, pas lawatan jangka panjang, pas lawatan jangka pendek, pas tanggungan, permit kerja dan pas pelajar, akan dilaksanakan lewat tahun ini.



Buat masa ini tiada had pinjaman dikenakan bagi kumpulan peminjam ini.



Pekerja asing seperti pembantu rumah yang meraih pendapatan kurang daripada $10,000 setiap tahun akan dikenakan had pinjaman agregat $1,500 daripada kesemua pemiutang berlesen.



Pendatang asing yang meraih pendapatan antara $10,000 dengan $20,000 pula boleh meminjam sehingga $3,000 manakala mereka yang menerima gaji sekurang-kurangnya $20,000 boleh meminjam sehingga enam kali ganda pendapatan bulanan mereka.



Apabila ditanya apakah yang akan terjadi jika pembantu gagal membuat bayaran, Cik Leow berkata:



"Surat arahan akan dihantar kepada alamat yang tertera pada permit kerja pembantu rumah itu.



"Namun jika ada sebab kukuh pembantu itu tidak boleh membayar balik wang yang dipinjam kerana dia telah melarikan diri, majikan pembantu itu perlu memberitahu kami dengan memberikan dokumen pengesahan.



"Majikan tidak diperlukan untuk membayar hutang pinjaman pembantu itu," jelasnya.




"Surat arahan akan dihantar kepada alamat yang tertera pada permit kerja pembantu rumah itu. Namun jika ada sebab kukuh pembantu itu tidak boleh membayar balik wang yang dipinjam kerana dia telah melarikan diri, majikan pembantu itu perlu memberitahu kami dengan memberikan dokumen pengesahan. Majikan tidak diperlukan untuk membayar hutang pinjaman pembantu itu."
- Pegawai Pinjaman, Cik Jacqueline Leow dari Swift Credit Pte Ltd.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >