Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pembelajaran dewasa penting pada masa depan

Tingkat diri di tempat kerja perlu jadi satu kebiasaan, kata beberapa AP, penyedia khidmat latihan semula
Jan 05, 2022 | 05:30 AM



PEMBELAJARAN dewasa akan menjadi penting dalam tahun-tahun mendatang sedang Singapura menerima Covid-19 sebagai endemik dan pendigitalan semakin lazim di tempat kerja, kata pakar dalam sektor latihan dan pembelajaran dewasa.



Ini sekali gus menjadikan pembelajaran di tempat kerja sebagai satu kebiasaan di samping mewujudkan trend baru seperti format pembelajaran hibrid.



Anggota Parlimen (AP) GRC Jalan Besar, yang juga anggota Jawatankuasa Parlimen Pemerintah (GPC) bagi Pendidikan, Dr Wan Rizal Wan Zakariah, berkata Covid-19 telah memberikan beberapa petunjuk bagi masa depan, lantas menjadikan pembelajaran dewasa lebih penting.



Pembelajaran orang dewasa merujuk kepada amalan mengajar dan mendidik orang dewasa.



"Kita telah melihat beberapa industri yang terjejas teruk akibat pandemik. Kita tidak boleh menafikan terdapat penggunaan teknologi yang lebih pesat di tempat kerja.



"Dengan lebih banyak pekerjaan digantikan dengan teknologi dan teknologi semakin penting di tempat kerja, keperluan untuk terus meningkatkan kemahiran dan menimba kemahiran baru, khususnya, kemahiran yang relevan, menjadi bertambah penting," jelas beliau.



Ini, tambah Dr Wan Rizal, bukan hanya untuk mengekalkan pekerjaan malah untuk memastikan seorang dewasa terus relevan di tengah-tengah pasaran kerja tidak menentu.



Melahirkan sentimen serupa, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SSA Group, Encik Suhaimi Salleh, yang firmanya berpengalaman menyediakan kursus dan program untuk golongan dewasa bekerja, berkata kepentingan pembelajaran dewasa ini menjadi lebih ketara berikutan pandemik.



"Pandemik telah memaksa kita untuk mengubah cara kita belajar... ia menunjukkan menerusi teknologi digital dan pembangunan kurikulum kreatif, pembelajaran di mana-mana sahaja, bila-bila masa dan menerusi pelbagai cara.



"Dahulu aset fizikal seperti jumlah bilik darjah menjadi ukuran keupayaan latihan, tetapi ini tidak lagi relevan dengan e-pembelajaran," tambahnya.



Pengarah eksekutif Institut bagi Pembelajaran Orang Dewasa (IAL), Profesor Lee Wing On, berkata dengan perkembangan teknologi yang pesat, kemahiran harus dipertingkatkan dan ini bermakna, orang dewasa perlu membiasakan diri untuk 'kembali ke sekolah'.



"Oleh itu, kami amat menggalak pelajar dewasa agar secara proaktif mempertingkat kemahiran dengan menyertai kursus yang relevan dengan tugas mereka, atau meraih kemahiran berdasarkan laluan kerjaya yang mereka ingin ambil," terang beliau.



Dengan perubahan landskap pembelajaran dewasa ini, para pakar menjangkakan kemunculan beberapa trend baru.



Kata Dr Wan Rizal, satu trend menyerlah ialah penggunaan teknologi lebih meluas.



"Adalah jelas pelajar dewasa memilih cara pembelajaran dalam talian sebab ia menjimatkan masa bergerak dan memberikan fleksibiliti dalam menjalankan tugas mereka.



"Cuma cabaran untuk pensyarah seperti saya ialah untuk memastikan kelas menarik dan interaktif untuk mereka," ujar beliau, seorang pensyarah kanan di Politeknik Republic.



Encik Suhaimi pula berpendapat pembelajaran di tempat kerja akan pada akhirnya, menjadi satu kelaziman - yang akan memerlukan perubahan signifikan dalam pembangunan kandungan pembelajaran dan bagaimana ia disampaikan.



"Peralihan kepada pembelajaran di tempat kerja akan dibantu oleh penerimaan lebih tinggi terhadap pembelajaran dalam talian, hasil daripada pandemik, yang kemudian merintis jalan kepada pembelajaran bergabung atau hibrid," terangnya.



Pada masa sama, program pembelajaran akan lebih khusus kepada peranan pekerja, dan ini dimudahkan dengan kemajuan dalam teknologi digital seperti kecerdasan buatan dan data kecekapan.



Dalam hal ini, Encik Suhaimi menarik perhatian tentang sokongan dan peranan aktif pemerintah dalam memastikan semua individu dewasa mempunyai peluang dan akses menimba kemahiran baru.



Laporan lanjut: Pendidikan orang dewasa: Akses pada kursus, program perlu diperluas




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >