Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pembeli diminta fleksibel dengan pilihan, bahan makanan

Oct 11, 2022 | 05:30 AM



AGENSI Makanan Singapura (SFA) dalam satu kenyataan kelmarin berkata ia telah menerima pemberitahuan rasmi daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) Malaysia bahawa larangan eksport sementara Malaysia ke atas ayam hidup akan ditarik balik hari ini .



Ayam yang dimaksudkan adalah ayam pedaging hidup.



Ayam pedaging diternak khusus untuk pengeluaran daging dan khusus untuk kesihatan dan saiz yang optimal.



"Kami mengalu-alukan penyambungan semula import ayam hidup, dan sedang mencari penjelasan mengenai butirannya," kata SFA.



Ia menambah: "Memandangkan Singapura akan terus menghadapi gangguan dalam bekalan makanan kita pada masa akan datang disebabkan faktor luaran, SFA akan terus memberikan akreditasi kepada lebih banyak sumber ayam dan bekerjasama dengan industri untuk mempelbagaikan (sumber)."



Agensi tersebut juga menggesa agar perniagaan menyemak semula rancangan kesinambungan perniagaan mereka dan terus mempelbagaikan sumber untuk mengurangkan risiko gangguan bekalan.



"Isi rumah dan individu juga boleh menyumbang kepada usaha mengukuhkan daya tahan makanan kita dengan bersikap fleksibel dengan pilihan makanan dan bahan, serta beralih kepada produk atau sumber alternatif apabila perlu," kata SFA.



Larangan eksport yang bermula 1 Jun lalu itu hanya menjejas bekalan ayam yang baru disembelih dari Malaysia.



Penduduk Singapura masih dapat menikmati ayam beku dan ayam yang telah diproses, dan kemudian ayam kampung dan ayam hitam setelah Malaysia menarik balik sebahagian larangan itu.



SFA telah meningkatkan import ayam sejuk dari Australia dan Thailand dan import ayam beku dari Brazil dan Argentina.



Ia juga terus meneroka sumber luar negara baru. Sebagai contoh, Indonesia telah disahkan sebagai sumber import baru bagi ayam sejuk, beku dan diproses.



Ia menyertai senarai lebih 20 negara yang diakreditasi untuk Singapura mengimport ayam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >