Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pembeli motosikal cepat sesuaikan diri dengan kejatuhan COE

May 08, 2023 | 05:30 AM



MENJUNAMNYA harga Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) bagi motosikal telah mengundang tindak balas bercampur-campur daripada pengguna, dengan ada yang meluahkan kekesalan kerana tidak menunggu lebih lama untuk membeli motosikal sementara yang lain melihat waktu ini sebagai peluang baik untuk membeli motosikal baru.



Ketika dihubungi Berita Harian (BH), Cik Khairiyah Kang, 31 tahun, berkongsi bahawa beliau baru sahaja membeli sebuah motosikal terpakai pada April dengan baki 7.5 tahun pada harga $11,700 kerana merasakan harga COE akan terus naik atau jika turun, turun dengan sedikit.



"Pada harga COE sekarang, motosikal (baru) yang sama akan menelan belanja yang kira-kira sama dengan apa yang saya bayar untuk motosikal terpakai saya - kira-kira $12,200. Tentu sekali saya rasa tidak keruan," katanya.



Penganalisis kanan itu berharap harga COE akan kekal dimampui dan bukan tidak menentu.



Sebaliknya, pengguna motosikal seperti Cik Mel Mariah Bach, 52 tahun, mengalu-alu kemerosotan harga COE itu memandangkan COE bagi motosikalnya yang sedia ada bakal luput.



Sejak pengumuman tersebut, beliau dan suaminya telah meninjau beberapa kedai supaya dapat memperbaharui COE dan membeli motosikal baru.



"Inilah masa terbaik untuk saya beli motosikal baru memandangkan harga COE kelihatan tidak stabil, kadang-kadang naik, kadang-kadang turun," ujar jurutera limbungan kapal itu.



Seperti beliau, Encik Abdul Malik Marwi, 56 tahun, meluahkan kesyukuran kerana anak-anaknya kebetulan baru sahaja mendapat lesen motosikal dan sedang mencari motosikal untuk dibeli.



Pemandu itu berharap pada kedepannya, COE bagi motosikal dapat dibahagikan kepada kategori berbeza bergantung kepada saiz motosikal.



Ini katanya, kerana ia "tidak berbaloi" untuk membeli motosikal kecil dengan harga COE yang tinggi.



Harga COE bagi motosikal menjunam sebanyak 58.9 peratus ke paras $5,002 dalam tender terkini pada 4 Mei.



Encik Rex Tan, presiden Persatuan Perdagangan Motosikal Singapura, mengaitkan kejatuhan itu dengan pelaksanaan langkah Penguasa Pengangkutan Darat (LTA), tetapi menyatakan bahawa pasaran mungkin masih membuat penyesuaian kepada tempoh kesahan yang dikurangkan dan deposit bidaan yang lebih tinggi.



Dalam jangka lebih panjang, beliau percaya bahawa langkah-langkah itu akan membawa kepada harga COE yang mencerminkan dengan lebih baik permintaan daripada penunggang yang ingin membeli motosikal, daripada peniaga memburu harga lebih tinggi disebabkan pembidaan spekulatif.



Dalam jangka masa terdekat, peniaga yang masih memegang COE motosikal yang didapatkan pada latihan tender lebih awal - pada harga kira-kira $12,000 - kemungkinan akan membiarkannya luput dan hilang deposit bidaan. COE ini akan dikembalikan bagi latihan tender seterusnya, lapor akhbar The Straits Times.



Ketika dihubungi BH, pengurus penjualan syarikat motosikal, CKA Pte Ltd, yang hanya ingin dikenali sebagai Encik Ariff, berkata terdapat lonjakan dalam pertanyaan dalam talian oleh pembeli, dengan sesetengah daripada mereka yang tidak kisah tentang jenama atau model asalkan mereka boleh mendapatkan COE bernilai $5,002 itu.



"Saya percaya kebanyakan peniaga sudah kehabisan COE pada masa ini. Pembeli mungkin masih membeli motosikal baru walaupun COE naik kepada lingkungan antara $5,000 dengan $7,000.



"Latihan tender COE seterusnya akan kemungkinannya menarik lebih banyak bidaan disebabkan reaksi terburu-buru daripada sentimen pembelian baru-baru ini," katanya sambil menambah bahawa ia akan menjadi pendekatan tunggu dan lihat dalam masa tiga bulan seterusnya. - Laporan tambahan NATASHA MUSTAFA




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >