Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pembeli tetap dapat kereta walaupun penjual lesap lepas ambil bayaran

Dec 16, 2015 | 09:35 AM



SEORANG pembeli yang membayar $103,000 bagi sebuah kereta Mercedes C180K kepada seorang penjual yang lesap tanpa menyerahkan wang itu kepada pemiliknya, tetap menjadi pemilik baru kereta tersebut selepas mahkamah memutuskan beliau bertindak dengan jujur dan penuh percaya.


Hakim Daerah Loo Ngan Chor mengarahkan nama Encik Kau Joo Guan didaftarkan sebagai pemilik kereta itu dengan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA), menggantikan pemilik sekarang, syarikat One Motor.


Syarikat itu membeli kereta tersebut daripada seorang peniaga kereta terpakai, Encik Kwek Seow Hui, pada Jun 2013.


Kereta itu dijual semula kepada Encik Kwek sebulan kemudian untuk beliau mencari pembeli baru, dengan pemahaman One Motor akan dibayar apabila ada pembeli baru.


Encik Kwek berharap mendapat komisen daripada syarikat kewangan, jila pembeli itu mengambil pinjaman.


Beliau berjanji akan memindahkan pemilikan kepada Encik Kau pada Ogos 2013 selepas kereta tersebut dijual, tetapi ini tidak dilakukan.


Sebaliknya dia menghilangkan diri dan rekod LTA menunjukkan One Motor kekal sebagai pemilik berdaftar kereta itu.


Encik Kau kemudian mengambil tindakan guaman untuk menuntut nama beliau didaftar sebagai pemiliknya.


Encik Loo, dalam alasan bertulis yang dikeluarkan pada Isnin (14 Dis), menukil undang-undang relevan daripada Akta Jualan Barangan serta Akta Wakil (Factors), yang menyatakan jika orang tengah mempunyai sesuatu barang dengan persetujuan pemiliknya dan menjualnya "kepada orang ketiga yang bertindak dengan jujur dan penuh percaya dan tanpa notis mengenai hak pemiliknya, pemilik barang itu dianggap telah membenarkan penjualan tersebut".


Beliau mendapati Encik Kau, yang diwakili peguam Lim Joo Toon, bertindak dengan jujur dan penuh percaya, kerana urusannya dengan Encik Kwek "tidak lebih atau kurang daripada seorang pembeli jujur sebuah kereta terpakai".


"Apabila seorang pembeli kereta terpakai masuk ke dalam sebuah kedai peniaga untuk melihat kereta, dia tidak akan menyangka peniaga itu tidak mempunyai hak untuk menjual kereta yang dipamer," tulis Encik Loo.


"Jika tidak, mengapa kereta itu berada di dalam kedainya? Ini adalah akal budi dalam penjualan kereta di kedai fizikal."


Beliau mengarahkan One Motor membayar ganti rugi nominal $200 kepada Encik Kau, selain kos $16,000 dan pembayaran harga kereta itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >