Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemberian vaksin diluas agar lebih ramai terima dos pertama

Jarak antara dos pertama, kedua dilanjutkan dari 3 minggu ke 6 * minggu Golongan usia 40-44 tahun boleh daftar * Remaja 12-15 tahun boleh divaksinasi
May 19, 2021 | 05:30 AM



GOLONGAN berusia 40 tahun hingga 44 tahun boleh mendaftar bagi vaksinasi Covid-19 mulai hari ini, sedang Singapura meluaskan program vaksinasi bagi memastikan seberapa ramai dewasa setempat menerima sekurang-kurangnya satu dos.



Mereka yang mendaftar mulai hari ini pula harus menanti lebih lama bagi mendapatkan dos kedua, iaitu antara enam hingga lapan minggu, berbanding tiga dengan empat minggu sebelum ini.



Ini sekali gus membolehkan lebih ramai orang menjalani vaksinasi, kata Menteri Kesihatan Ong Ye Kung, dalam satu sidang media Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian (MTF) semalam.



Selain itu, golongan berusia 12 tahun hingga 15 tahun kini layak menerima vaksin, selepas Penguasa Sains Kesihatan (HSA) meluluskan penggunaan vaksin Pfizer-BioNTech bagi golongan usia itu.



Encik Ong, yang merupakan Pengerusi Bersama MTF, berkata perubahan dalam strategi vaksinasi ini bermatlamat untuk memberi vaksin kepada lagi 400,000 individu, supaya mereka menerima sekurang-kurangnya satu dos, di akhir Julai.



Ini bermakna, semua penduduk Singapura yang layak dijangka menerima sekurang-kurangnya satu dos pada awal Ogos, menurut Encik Ong.



"Daripada kita mempunyai jumlah penduduk yang ramai menerima perlindungan maksimum, kita memastikan jumlah penduduk yang maksimum menerima perlindungan yang baik," jelasnya.



"Jika semuanya berjalan lancar, 4.7 juta individu akan menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin menjelang Ogos, dan ini akan meliputi hampir kesemua penduduk kita yang layak."



Kata Encik Ong, mereka yang sudah ada janji temu vaksin bagi dos kedua tidak terjejas tetapi mereka yang ingin melanjutkan jarak tempoh dos kedua, boleh berbuat demikian.



Hampir 2 juta orang sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. Daripada itu, lebih 1.4 juta sudah menerima dua dos. Secara keseluruhan, 3.4 juta dos vaksin sudah diberikan.



Apabila ditanya jika pendekatan baru itu diambil lebih awal boleh mengubah keadaan sekarang, dengan lonjakan dalam kes jangkitan dalam masyarakat, Encik Ong berkata:



"Saya fikir langkah kita adalah tepat untuk memulakan fasa pertama vaksinasi dengan golongan lemah dan barisan hadapan yang paling terdedah. Dan dengan memberi perlindungan maksimum.



"Jadi kini peratusan terima vaksin sepenuhnya adalah tinggi, yang saya fikir, telah membantu dalam penularan sekarang... namun sedang kita memasuki fasa vaksinasi baru, kita harus menyesuaikan diri dan melindungi seberapa ramai boleh."



Dalam pada itu, Encik Ong berkata jawatankuasa pakar mengenai vaksin Covid-19, menyokong keputusan HSA untuk meluluskan penggunaan vaksin Pfizer-BioNTech bagi golongan berusia 12 tahun hingga 15 tahun.



Kementerian Kesihatan (MOH) dan Kementerian Pendidikan (MOE) akan bekerjasama untuk merancang program vaksinasi dan akan mengumumkan butirannya kelak, kata Encik Ong.



Perkembangan ini berlaku sedang lebih ramai kanak-kanak didapati dijangkiti Covid-19 tahun ini berbanding tahun lalu, kata pengarah khidmat perubatan MOH, Encik Kenneth Mak.



"Buat masa ini kami belum memutuskan untuk menyertakan kanak-kanak dalam senarai kumpulan diutamakan bagi vaksinasi, tetapi kami akan terus memantau keadaan," tambahnya.



Semalam, Menteri Kewangan Encik Lawrence Wong, yang juga pengerusi bersama MTF menggesa orang ramai supaya memakai pelitup yang betul - iaitu yang mempunyai keupayaan penapisan yang tinggi, terutamanya apabila berada di tempat tertutup.



Ini termasuk pelitup pembedahan atau pelitup guna semula yang mempunyai penapis dan bukan hanya pelitup diperbuat daripada kain, tekan beliau.




Laporan lanjut:






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >