Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pembersihan haram hutan Kranji: Pengurus projek didenda $20,000

Nov 07, 2023 | 05:48 PM



Seorang pengurus projek syarikat pakar runding yang terlibat dalam kes penebangan dan pembersihan tanpa kelulusan kawasan hutan Kranji pada 2020 dan 2021 telah didenda $20,000 pada Selasa.

Tan See Chee, 65 tahun, merupakan antara empat pegawai Jurong Town Corporation (JTC) dan dan CPG Consultants yang terlibat dalam pembangunan Taman Inovasi Pertanian-Makanan Kranji (AFIP), yang dirancangkan untuk menjadi hab kegiatan ladang teknologi tinggi serta penyelidikan dan pembangunan.

Empat pegawai itu didapati bertindak melanggar syarat-syarat berkaitan hidupan liar yang perlu dipenuhi sebelum mendapat kelulusan daripada Lembaga Taman Negara (NParks) untuk penebangan pokok itu.

Ini menyebabkan 362 pokok ditebang tanpa kelulusan.

Tan mengaku bersalah terhadap dua tuduhan di bawah Akta Taman dan Pokok pada Selasa, lapor The Straits Times.


Tiga tuduhan serupa telah diambil kira semasa hukuman dijatuhkan.

Beliau juga merupakan profesor bersekutu adjung di Jabatan Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar di Universiti Nasional Singapura (NUS).

Tertuduh lain terbabit ialah Neo Jek Lin, 44 tahun, pengurus projek kanan JTC; Chong Pui Chih, 47 tahun, bekas timbalan pengarah JTC; dan Jimmy Liu, 63 tahun, naib presiden CPG.

Tan bertanggungjawab menjalankan kerja-kerja reka bentuk serta mendapatkan kelulusan daripada pihak berkuasa, antara tugasan beliau yang lain.

Disebabkan pandemik Covid-19, kerja di AFIP Kranji tertangguh antara April dengan Ogos 2020.

Pihak pendakwa berkata Tan dan tiga tertuduh bersama telah membincangkan kesan keperluan berkaitan hidupan liar terhadap masa yang diperlukan untuk menyiapkan kerja AFIP Kranji.

Oleh kerana bimbang kerja di AFIP Kranji itu akan tertangguh lagi, Neo dan Chong menyarankan agar mereka meneruskan kerja menebang pokok dan membersihkan tapak, sementara usaha dijalankan pada masa yang sama untuk memenuhi keperluan berkaitan kehidupan liar itu.

Tan bersetuju dan mengarahkan penebangan pokok itu dijalankan tanpa mendapat kelulusan.

Akibatnya, sebanyak 362 pokok dengan lilitan melebihi satu meter yang tumbuh di tanah kosong di AFIP Kranji telah ditebang.

Pihak pendakwa berkata bilangan pokok yang ditebang tanpa kelulusan amat banyak dan kesannya pada alam sekitar tidak dapat ditentukan kerana kesalahan itu berlaku sebelum sebarang kajian dijalankan.

Beberapa Anggota Parlimen (AP) sebelum ini telah mengemukakan soalan Parlimen mengenai pembersihan tanah tanpa kelulusan, yang terbongkar selepas gambar dari udara tapak itu muncul di media sosial.

Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing, memberitahu Parlimen bahawa siasatan terhadap kes itu mendapati dua pegawai JTC telah memberi gambaran fakta yang tidak betul dan memberikan maklumat yang tidak tepat kepada pihak atasan mereka. Kejadian itu berlaku antara akhir Disember 2020 dan 13 Januari 2021.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >