Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemergian Ustaz Ali dirasai masyarakat, negara

Mar 18, 2023 | 05:30 AM



PEMERGIAN tokoh masyarakat dan agamawan, Ustaz Ali Mohamed, 75 tahun, yang menghembuskan nafas terakhir sekitar 11.43 pagi Jumaat, meninggalkan kesan mendalam kepada masyarakat Melayu/Islam dan negara.



Beliau meninggal dunia di Hospital Besar Sengkang akibat radang paru-paru, menurut anaknya, Ustaz Dr Mohamed Ali.



"Saya rasa kehilangan besar atas pemergian ayahanda kami. Beliau adalah seorang ayah yang sangat penuh kasih sayang kepada anak-anak dan keluarga. Masyarakat Singapura akan mengenang jasa dan sumbangan beliau kepada masyarakat, terutama sekali kepada Masjid Khadijah," kata Ustaz Dr Mohamed.



Jenazah Allahyarham tiba di Masjid Khadijah di Geylang Road sekitar 4.45 petang untuk disembahyangkan.



Antara pemimpin kanan negara yang hadir di masjid itu ialah Menteri Kanan merangkap Menteri Penyelaras Bagi Keselamatan Negara, Encik Teo Chee Hean; Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam; dan Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.



Juga kelihatan di masjid itu ialah Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Dr Mohamad Maliki Osman dan Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Pembangunan Negara), Encik Zaqy Mohd.



Presiden Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Encik Saat A. Rahman turut hadir.



Antara pemimpin agama yang hadir pula termasuk Mufti Dr Nazirudin Mohd Nasir; Timbalan Mufti, Ustaz Dr Mohammad Hannan Hassan; Timbalan Mufti, Ustaz Mohd Murat Mohd Aris; mantan mufti Ustaz Dr Mohamed Fatris Bakaram; dan Ustaz Pasuni Maulan.



Pengerusi Bersama Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG), Ustaz Mohamad Hasbi Hassan, memimpin solat jenazah sekitar 5 petang semalam sebelum jenazah dikebumikan di Pusara Abadi.



Allahyarham Ustaz Ali, diakui banyak menabur bakti, di samping memberikan kepimpinan keagamaan kepada umat Islam di sini. Antaranya, ialah sebagai pengerusi Masjid Khadijah, dan beliau juga pernah mengetuai beberapa badan Islam seperti Pergas dan Pertapis.



Beliau turut merupakan antara pelopor Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG), yang memberikan kaunseling kepada individu radikal.



Semasa hayatnya, Allahyarham juga pernah berkhidmat sebagai anggota Jawatankuasa Fatwa Muis dan Pengerusi Lembaga Pengiktirafan Asatizah (ARB).



Mengucapkan takziah, Presiden Halimah Yacob berkata:



"Saya sedih mendapat tahu tentang pemergian Ustaz Ali Mohamed, mantan pengerusi RRG. Beliau memainkan peranan penting dalam menubuhkan RRG, di mana beliau menyatukan masyarakat untuk menentang penyelewengan tentang Islam.



"Beliau bekerja tanpa mengenal penat lelah dengan ramai asatizah untuk menyokong usaha memulihkan mereka yang telah memilih jalan yang salah dan untuk mengintegrasikan semula mereka ke dalam masyarakat"



Dalam warkah takziah, Perdana Menteri Encik Lee Hsien Loong, pula berkata Ustaz Ali menikmati kehidupan yang panjang dan bermakna.



"Beliau adalah seorang pemimpin berwawasan yang menyumbang kehidupannya untuk kebaikan masyarakat dan negara. Beliau adalah tunggak utama masyarakat Melayu/Islam dan memainkan peranan penting dalam membangunkan sebuah masyarakat berbilang bangsa, berbilang agama yang sepadu di Singapura," kata Encik Lee.



Laporan lanjut: 






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >