Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemerhati politik beri reaksi terhadap isu AP WP bohong di Parlimen

Nov 04, 2021 | 05:30 AM



ISU Anggota Parlimen (AP), Cik Raeesah Khan, berbohong di Parlimen adalah satu peringatan bahawa Parlimen adalah satu badan murni di mana semua ahli perlu jujur dan bertanggungjawab sebelum mengeluarkan kenyataan, kata pemerhati politik Dr Norshahril Saat.



"Setiap AP wajib menyuarakan isi hati rakyat, tapi harus ikut lunas undang-undang, dan juga memelihara kepercayaan yang diberikan.



"Insiden semacam ini adalah satu peringatan bahawa Singapura mengamalkan sistem politik demokrasi berparlimen yang terbuka dan telus, dan membenarkan setiap AP menyuarakan pandangan di saluran yang betul," ujar Dr Norshahril, Zamil Kanan Iseas-Institut Yusof Ishak, semasa menjawab pertanyaan Berita Harian mengenai hal itu.



Awal minggu ini, Cik Raeesah (GRC Sengkang) mengaku bersalah kerana berbohong di Parlimen dan menarik balik hujahnya pada 3 Ogos mengenai kes serangan seksual melibatkan pihak ketiga, serta dakwaan kes itu disalah urus polis.



Beliau juga memohon maaf kepada Pasukan Polis Singapura.



Ketua Dewan, Cik Indranee Rajah, berkata Cik Raeesah berbohong tiga kali kepada Parlimen dan berkata perkara itu akan dirujuk kepada Jawatankuasa Hak Istimewa yang meninjau sebarang aduan melanggar hak istimewa Parlimen.



Kelmarin, secara berasingan, Parti Pekerja (WP) berkata ia telah membentuk panel tatatertib bagi meneliti kelakuan Cik Raeesah itu.



Memberi reaksi kepada perkembangan kes itu, Profesor Madya Eugene Tan daripada Universiti Pengurusan Singapura (SMU) berkata pembentukan panel tatatertib oleh WP dijangka kerana anggota parti dan pihak awam menjangka Cik Raeesah harus dikenakan tindakan oleh parti secara adil.



"Parti perlu mengenakan tindakan disiplin kerana salah laku Cik Raeesah menyebabkan kesan negatif ke atas WP di dalam dan luar Parlimen. Ada kemungkinan beliau juga melanggar undang-undang parti, selain syarat tatalaku bagi AP," ujar Profesor Tan, yang berkata panel WP itu akan menentukan perkara tersebut, dan adakah Cik Raeesah telah memberi nama buruk kepada parti.



"Satu kuasa yang parti ada ke atas Cik Raeesah yang tidak dimiliki Parlimen ialah Parlimen tidak boleh mendesak Cik Raeesah meletak jawatan. Tapi Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) WP berkuasa mengusir Cik Raeesah daripada parti dan jika ini berlaku, Cik Raeesah akan kehilangan kerusi di Parlimen."



Bercakap kepada The Straits Times kelmarin, Penolong Profesor Walid Jumblatt Abdullah daripada Sekolah Sains Kemasyarakatan di Universiti Teknologi Nanyang (NTU) berkata WP perlu mengambil tindakan tegas dan tiada banyak pilihan selain 'menggugurkan' Cik Raeesah.



Menurut Profesor Walid, Cik Raeesah juga boleh meletak jawatan, tetapi WP perlu menunjukkan ia telah bertindak tegas demi memelihara kewibawaannya.



Profesor Tan berkata CEC WP harus mengenakan tindakan terhadap Cik Raeesah sebelum Jawatankuasa Hak Istimewa mengeluarkan dapatan siasatan dan tindakan susulan, bagi menunjukkan pendirian mengenai perbuatan Cik Raeesah.



Namun, beliau tidak menjangka WP akan mengusir Cik Raeesah.



Profesor Tan berkata WP mungkin beranggapan pasukannya yang kurang seorang anggota di Sengkang tidak boleh berkhidmat sepenuhnya kepada penduduk di sana, sehingga penggal Parlimen ini berakhir pada Ogos 2025.



LAPORAN SELANJUTNYA: Edwin Tong, Rahayu sertai jawatankuasa Parlimen bagi teliti aduan terhadap Raeesah




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >