Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BULAN KESEDARAN BARAH BUAH DADA

Pemeriksaan Mamogram secara kerap digalak

Oct 01, 2022 | 05:30 AM



BULAN Kesedaran Barah Buah Dada tahun ini mahu menggalak lebih ramai wanita melakukan pemeriksaan mamogram secara kerap agar penyakit itu dapat dikesan awal dan nyawa dapat diselamatkan.



Kempen yang bermula bulan ini itu membawa tema A Mammogram in Time Saves Lives iaitu 'mamogram segera menyelamatkan nyawa'.



Demikian diumumkan Yayasan Barah Buah Dada (BCF) di pelancaran kempen itu semalam, yang diadakan di ION Orchard dan dihadiri Presiden Halimah Yacob; Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Cik Indranee Rajah; dan Setiausaha Parlimen Kanan (Kesihatan merangkap Undang-Undang), Cik Rahayu Mahzam.



Menurut BCF, hanya 37.9 peratus wanita di Singapura yang layak telah menjalani pemeriksaan mamogram pada 2019 dan 2020 walaupun barah buah dada kini merupakan barah yang paling biasa dan penyebab utama kematian akibat barah dalam kalangan wanita Singapura.



Apabila dikesan awal, termasuk menerusi pemeriksaan mamogram, barah buah dada adalah penyakit yang boleh dirawat dengan kadar kelangsungan hidup yang baik sekitar 90 peratus.



Justeru kempen tahun ini membawa mesej "ia tidak menakutkan, ia hanya mamogram" bagi menggalak lebih ramai wanita melakukan pemeriksaan itu.



Dalam ucapannya, Cik Indranee menggalak wanita agar tidak mengabaikan kesihatan mereka dan melakukan pemeriksaan kesihatan dengan kerap.



"Ramai wanita mengelakkan pemeriksaan kerap kerana mereka tidak berasa sakit.



"Ada yang mengelakkannya kerana rasa sakit dan/atau masa, dan ada juga kerana mereka takut untuk mengetahui keputusannya. Dan saya dapat memahaminya," kata Cik Indranee.



"Tetapi pada masa yang sama, ia bukan sahaja menjejas diri anda, bahkan keluarga dan masyarakat anda.



"Oleh itu, kita mesti melakukan lebih banyak lagi untuk menghapuskan mitos dan mengatasi rasa takut.



"Kegiatan bulan ini bertujuan untuk melakukan perkara itu," tambahnya, yang juga Menteri Kedua (Kewangan merangkap Pembangunan Negara).



Beberapa webinar akan dianjurkan untuk membincangkan tentang topik mamogram, antaranya webinar dalam bahasa Melayu berjudul 'Salah Tanggapan Agama Apabila Menghadapi Penyakit Seperti Barah Buah Dada' anjuran SBF dan Berita Harian Rabu ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >