Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemerintah akan labur $110j kukuhkan ekosistem keselamatan siber S’pura

Sep 29, 2023 | 08:46 PM



Sebagai pintu masuk bagi pasaran keselamatan siber di Asia Pasifik, pemerintah akan melabur $110 juta untuk mengukuhkan dan melabur dalam ekosistem keselamatan siber Singapura, demikian diumum Menteri Perhubungan dan Penerangan, Cik Josephine Teo, pada Jumaat.

Cik Teo, yang juga Menteri Kedua Ehwal Dalam Negeri merangkap Menteri Bertanggungjawab bagi Inisiatif Negara Bijak dan Keselamatan Siber, menambah jumlah itu akan dimasukkan ke dalam inisiatif Agensi Keselamatan Siber (CSA) untuk melancarkan Bakat Keselamatan Siber, Inovasi dan Pelan Pertumbuhan dan menubuhkan Pejabat Program Penyelidikan dan Pembangunan CyberSG.

Semasa berucap dalam sambutan Hari Keselamatan Inovasi Siber di Sands Expo and Convention Centre, Cik Teo berkata daya usaha tersebut bertujuan memangkinkan penyelidikan keselamatan siber dengan mengurus cabaran penyelidikan yang berkaitan dengan bidang kepentingan dan keperluan strategik.

“Apabila ekonomi digital serantau kami berkembang, akan terdapat keperluan sepadan bagi lebih banyak langkah keselamatan siber untuk menjamin sistem digital kami,” jelas Cik Teo.

“Saya menggalakkan semua syarikat dan penyedia perkhidmatan berpangkalan di Singapura supaya memanfaatkan kekuatan ini sebagai pintu masuk untuk memanfaatkan peluang di rantau ini dan Asia Pasifik.”

Dalam pada itu, pemerintah akan terus memperkukuh dan melabur dalam ekosistem keselamatan siber.

“Bagi pihak pemerintah, kami komited mengukuhkan dan melabur dalam usaha penyelidikan, inovasi dan perusahaan kami untuk mengembangkan ekosistem keselamatan siber kami,” ujar Cik Teo.

Cik Teo kemudian mengetengahkan dua inisiatif yang diperkenalkan oleh CSA di bawah CyberSG, yang merupakan inisiatif utama bagi semua inisiatif pembangunan ekosistem CSA, iaitu ‘Bakat Keselamatan Siber, Inovasi & Pelan Pertumbuhan’ dan penyelidikan keselamatan siber.

Kededuanya diharap dapat mengukuhkan kedudukan Singapura sebagai peneraju sejagat dalam keselamatan siber dan inovasi.

Inisiatif Bakat Keselamatan Siber, Inovasi dan Pelan Pertumbuhan atau Pelan TIG Siber ialah pendekatan menyeluruh yang merangkumi usaha sedia ada dan baru bagi memberi rangsangan lebih besar kepada usaha pembangunan bakat dan industri CSA.

Ia termasuk usaha mengubah karyawan dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (Stem) kepada peranan siber dan meneroka kemungkinan rangka kerja bagi meningkatkan profesionalisme seseorang, yang akan mewujudkan piawaian untuk kelakuan dan kecekapan profesional keselamatan siber Singapura.

Cik Teo turut menekankan keperluan melengkapkan Pelan Cyber ​​TIG dengan penyelidikan keselamatan siber kerana ia akan membina asas untuk inovasi masa depan.

Pada 2022, CSA memperkenalkan ‘Biasiswa Makmal Siber Kebangsaan’ yang menawarkan bakat tempatan peluang melanjutkan pengajian di peringkat sarjana dalam keselamatan siber dan melakukan penyelidikan di dua makmal penyelidikan keselamatan siber Singapura.

Menurut Cik Teo, inisiatif kedua, Pejabat Program Penyelidikan dan Pembangunan CyberSG, yang ditubuhkan oleh CSA akan dihoskan Universiti Teknologi Nanyang (NTU).


“Pejabat ini akan memangkinkan penyelidikan keselamatan siber dengan mengurus cabaran penyelidikan yang berkaitan dengan bidang kepentingan dan keperluan strategik.


“Ia juga akan berusaha menterjemah penyelidikan ini kepada produk komersial.


“Ini akan menyediakan laluan berstruktur untuk penyelidik menyumbang kepada ekosistem dengan mencari huraian kepada masalah khusus, menggalakkan terjemahan penyelidikan terus ke dalam pertumbuhan pasaran,” ujar beliau.


Menurut Cik Teo lagi, CSA sedang giat berusaha mengembangkan ekosistem keselamatan sibernya, dengan matlamat mengukuhkan kedudukan Singapura sebagai hab keselamatan siber terulung di rantau ini.

“Inisiatif ini akan menyediakan peluang berharga untuk bakat dan perniagaan, yang akan menyumbang kepada ruang siber yang lebih selamat di peringkat setempat dan sejagat,” ujar beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >