Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SNDGG, MCI bakal bergabung jelang Oktober 2023

Sep 12, 2023 | 08:42 PM



Kumpulan Negara Bijak dan Pemerintah Digital (SNDGG) akan bergabung dengan bahagian pembangunan digital Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI) untuk membentuk kumpulan Negara Bijak yang lebih luas.

Entiti gabungan ini akan menjadi sebahagian daripada Pejabat Perdana Menteri dan ditadbir oleh MCI.

Penggabungan itu akan meletakkan pemerintah pada kedudukan lebih baik untuk memajukan rangkaian penuh agenda digital.

Pengumuman penggabungan itu telah dikongsi dengan kakitangan SNDGG dan MCI pada 12 September 2023, menurut kenyataan bersama yang dikeluarkan kedua-dua badan tersebut pada hari yang sama.

Buat masa ini, SNDGG menyelia strategi Negara Bijak, pendigitalan perkhidmatan pemerintah dan pembangunan serta aplikasi teknologi dan keupayaan digital di seluruh Singapura.

Dalam pada itu, MCI menerajui pembangunan ekonomi digital, kesediaan dan rangkuman digital, kawal selia infrastruktur dan data digital, kawal selia dalam talian serta keselamatan digital dan siber.

Ini adalah tambahan kepada peranan MCI dalam menyelaraskan dasar maklumat seluruh pemerintah dan usaha komunikasi awam.

“SNDGG dan MCI telah bekerjasama rapat untuk mereka bentuk dan melaksanakan strategi digital negara dan pemerintah.

“Entiti gabungan ini mengukuhkan keupayaan kami dan meletakkan Singapura pada kedudukan yang lebih baik untuk bertindak balas secara berkesan kepada peluang dan cabaran baru dalam perkembangan digital,” kata SNDGG dan MCI.

Penggabungan itu akan dilaksanakan secara berperingkat, dengan MCI memulakan pentadbiran kumpulan Negara Bijak mulai 23 Oktober 2023.

Status dan struktur lembaga dan agensi berkanun di bawah MCI dan SNDGG kekal tidak berubah. Pada masa yang sama, tidak akan ada perubahan kepada pemegang jawatan politik, menurut kenyataan tersebut.

CikJosephine Teo akan terus berkhidmat sebagai Menteri Perhubungan dan Penerangan, dan Menteri bertanggungjawab bagi Negara Bijak dan Keselamatan Siber.

Dr Janil Puthucheary dan Encik Tan Kiat How akan kekal sebagai Menteri Negara Kanan bagi Perhubungan dan Penerangan, dengan Dr Janil Puthucheary terus memainkan peranan sebagai Menteri bertanggungjawab bagi Agensi Teknologi Pemerintah (GovTech).

Begitu juga, tiada perubahan kepada pelantikan di Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA), Agensi Keselamatan Siber (CSA), Lembaga Perpustakaan Negara (NLB) dan GovTech.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >