Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemerintah akan permudah kerjasama rentas pihak projek binaan

Desmond rasmi siapnya rangka IOI Central Boulevard Towers
Aug 28, 2023 | 06:47 PM



Pemerintah telah meningkatkan daya usaha untuk mempermudah kerjasama di semua pihak projek sebagai sebahagian daripada Peta Transformasi Industri Persekitaran Terbina (BE ITM) yang dilancarkan pada 2022.

Ini bagi membantu memastikan penjajaran antara pihak projek terlibat, yang penting bagi memastikan projek itu dapat disiapkan dengan jayanya, terutama apabila ia menjadi lebih kompleks.

Demikian dinyatakan Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee, ketika berucap di majlis siapnya rangka bangunan IOI Central Boulevard Towers pada Isnin.

“Di Singapura, kita perlu membina bangunan lebih tinggi, lebih dalam, dan dengan cara yang lebih bersepadu, di tengah-tengah kekangan tanah yang menghambat,” kata beliau.

Menurut Encik Lee, IOI Central Boulevard Towers, di Central Boulevard, dijangka menjadi tambahan hebat kepada keindahan dan kemudahan kawasan Marina Bay.

Antara ciri utamanya yang menarik ialah taman langit seluas 60,000 kaki persegi yang boleh diakses oleh orang ramai. Taman itu akan merangkumi pelbagai kemudahan, seperti trek lari-lari anak sepanjang 200 meter.

Bangunan yang dibina dengan bahan binaan mesra alam itu juga telah mencapai Pensijilan Platinum Green Mark Penguasa Bangunan dan Pembinaan (BCA).

Encik Lee berkata projek yang berjaya seperti itu memerlukan ramai rakan kongsi untuk memainkan peranan mereka.

Beliau juga memberi perincian mengenai rancangan BE ITM, seperti inisiatif CORENET X dan kontrak kolaboratif.

CORENET X merupakan pusat digital sehenti bagi rakan industri mengemukakan apa yang diperlukan bagi kerja binaan di bawah undang-undang.

Di bawah proses kelulusan baru CORENET X, perunding daripada pelbagai disiplin perlu bekerjasama di peringkat lebih awal dan menyerahkan model bangunan bersepadu.

Kerjasama di peringkat awal akan memudahkan pengesanan awal konflik dalam reka bentuk. Ini akan mengurangkan masa dan kos yang ditanggung untuk kerja-kerja yang digugurkan oleh pembina di peringkat lebih lanjut, kata Encik Lee, yang juga Menteri Bertanggungjawab bagi Integrasi Khidmat Sosial.

Agensi-agensi juga akan menyediakan tindak balas yang disatukan kepada setiap penyerahan untuk membolehkan isu rentas agensi dan konflik dikenal pasti dan diselesaikan awal, secara sistematik.

CORENET X dijangka bermula pada Disember ini.

Pemerintah juga akan cuba melaksana kontrak kolaboratif yang akan melibatkan penggunaan amalan kontrak progresif. Kontrak itu boleh membantu mengurus risiko gangguan dan turun naik kos dalam keadaan ketidakpastian.

“Pemerintah, sebagai pemaju utama, akan menjalankan peranannya dalam memacu transformasi rantaian nilai.

“HDB akan bekerjasama rapat dengan kumpulan projeknya bagi memastikan mereka bersedia bagi pelaksanaan progresif CORENET X,” ujar Encik Lee.

Di samping itu, kira-kira 10 projek sektor awam telah diuji atau akan merintis kontrak kolaboratif.

BCA juga bekerjasama dengan industri untuk membangunkan peruntukan kontrak kolaboratif standard, yang boleh dirujuk oleh industri.

Encik Lee turut menggalak pemaju sektor swasta menyertai usaha itu untuk mempercepat transformasi dalam sektor Persekitaran Binaan demi memupuk kepercayaan, mengukuhkan keupayaan serta memberikan hasil yang lebih positif untuk semua pihak.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >