Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemerintah akan terus jaga kesejahteraan pekerja: PM Lee

Tatkala industri mengalami peralihan, pekerja tidak akan ditinggalkan untuk melalui perubahan sendirian
Oct 16, 2019 | 05:30 AM



SEDANG Singapura berdepan dengan ketidakpastian sejagat, Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, berkata pemerintah komited untuk sentiasa menyokong pekerja dan menjaga kesejahteraan mereka.



Berucap di Sidang Perwakilan Nasional (NDC) NTUC 2019 di Orchid Country Club semalam, Encik Lee berkata lima dekad lalu pemimpin perintis berjanji memastikan kepentingan pekerja Singapura diberi tumpuan dalam usaha pembangunan ekonomi dan sosial negara.



Janji itu kekal relevan dan penting hari ini, kata beliau, sambil memberi jaminan kepada pekerja bahawa pemerintah akan menyokong mereka.



"Kami akan sentiasa melakukan yang terbaik untuk membantu anda dan anak-anak anda maju bersama Singapura, dan mempunyai kehidupan lebih baik.



"Dan kami akan memastikan tiada rakyat Singapura, tidak kira latar belakang keluarga atau keadaan hidup, akan dikecualikan daripada peluang, atau ditinggalkan di belakang," kata beliau.



Encik Lee berkata di banyak negara di dunia, terdapat rasa tidak puas hati kerana pekerja perlu menjaga diri mereka sendiri selepas kehilangan pekerjaan.



Malah, ramai daripada mereka yang masih ada pekerjaan rasa ketinggalan daripada kemajuan.



Ini menyebabkan gerakan populis - yang memecahbelahkan masyarakat dan meretakkan paduan sosial - berkembang di banyak negara.



Encik Lee memberi contoh kejadian tunjuk perasaan dan rusuhan yang berlaku di Hong Kong sejak beberapa bulan lalu.



Aduan yang paling lantang bersifat politik, namun terdapat juga rasa keprihatinan bahawa masalah ekonomi dan sosial yang serius belum ditangani di Hong Kong, kata beliau.



Perumahan di sana amat mahal dan rakyat mendapatinya sukar untuk membina keluarga dan mempunyai anak-anak.



Selain itu, generasi muda Hong Kong tidak optimistik tentang masa depan mereka, tidak kira betapa gigih mereka belajar atau bekerja.



Meskipun situasi Singapura berbeza dengan Hong Kong, Encik Lee berkata rasa kebimbangan dan perpecahan sosial yang sama boleh berlaku di sini "jika kita tidak berhati-hati".



"Jika ia berlaku pada kita, kita akan mengalami akibat yang sama seperti mereka, cuma lebih teruk, kerana kita lebih mudah terjejas.



"Akan menjadi mustahil untuk memerintah Singapura, untuk membuat dan melaksanakan keputusan sukar, atau untuk merancang bagi kebaikan jangka panjang negara," kata beliau.



Encik Lee menambah bahawa situasi sedemikian juga akan memusnahkan keyakinan di Singapura dan "Singapura akan berakhir".



Justeru, beliau berkata hubungan simbiotik antara Parti Tindakan Rakyat (PAP) dengan NTUC adalah satu asas penting bagi mengelakkan keadaan itu.



Menurutnya, parti itu akan kekal bekerja rapat dengan gerakan buruh dan objektif asas mereka adalah untuk memajukan kesejahteraan dan masa depan pekerja.



Itu sebabnya pemerintah PAP membina perumahan yang boleh dimampui, menyediakan jagaan kesihatan, prasekolah dan sekolah serta sistem pengangkutan awam yang bermutu tinggi dan boleh dimampui semua, selain mewujudkan pekerjaan buat pekerja.



"Ini jauh lebih baik daripada mempunyai pemerintah populis yang meluahkan kekecewaan penduduk atau memenuhi kehendak keghairahan jangka pendek dengan mengorbankan kepentingan jangka panjang," kata beliau.



Sementara itu, Encik Lee berkata gerakan buruh pula merupakan rakan yang saksama dan membina dalam mewujudkan kemakmuran dan pertumbuhan.



"Pekerja telah menikmati perkongsian yang sama daripada hasil usaha anda. Anda mempunyai pengaruh dan kepentingan dalam sistem.



"Anda tidak perlu keluar daripadanya, mengatasinya, atau lebih teruk, cuba menghapuskannya dan menggantikannya. Ini sistem anda," kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >